Showing posts with label Simple Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Simple Thoughts. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Saiful Nang, Anda Sumber Inspirasi Saya Dalam Mendidik Anak-Anak.

Setiap hari saya meluangkan 40% masa bekerja saya menghadap Internet (Google, Facebook, Blog etc). Pengetahuan am baru yang diperolehi secara purata 30% merangkumi aspek general knowledge about health, environment, and paling suka bila berkaitan pembinaan sahsiah, keluarga dan kids development. Mungkin faktor usia (27) dan sudah menjadi ibu kepada 2 anak perempuan menjadikan saya lebih tertarik untuk memperbaiki diri berbanding hiburan atau business sampingan dsb.

Sebelum ini saya pernah kongsikan TIPS WARDINA MELATIH ANAK-ANAKNYA SOLAT. Dia antara idola saya selain daripada Prof Dr Muhaya. Kaedah yang mereka guna untuk mengajak manusia ke arah kebaikan sangat berkesan. Sejuk hati tengok dia berjaya melatih anak-anaknya yang masih kecil bertudung, solat cukup waktu. Saya sendiri belum sempurna sepenuhnya, selalu tertanya-tanya mampukah saya menjaga amanah Allah yang dua orang ni sebaiknya sebab besar tanggungjawab membesarkan anak-anak. Bukan macam bela haiwan peliharaan yang bagi makan, tempat tidur dan tanam bila dia mati. Sebab manusia punya akhlak dan rohani yang perlu dibentuk. Semua ni menjadi kemusykilan saya sebab saya bukan dilahirkan dalam keluarga Ustaz/ Ustazah atau berlatarbelakangkan keluarga yang bijak pandai jauh sekali berstatus jutawan. 

Ibu bapa saya telah menjalankan tanggunjawab mereka dengan sebaiknya walaupun mungkin tidak cukup sempurna tapi saya tahu itu yang terbaik mereka sudah lakukan. Contoh, menghantar saya sekolah dari tadika hingga ke Universiti, menghantar kami adik beradik mengaji agama dan solat, mereka bekerja siang malam mencari rezeki utk membesarkan kami 4 beradik. Tak termasuk pengorbanan yang kami adik beradik tak nampak. Bila dah jadi parents, baru saya faham apa itu pengorbanan ibu bapa samada dari segi perasaan, wang ringgit atau masa.. They have done their part sebaiknya and until now saya masih takkan mampu balas jasa mereka.

Ibu saya seorang yang garang dan outspoken manakala ayah seorang yang lembut dan penyabar. Two different character ni ada dalam diri saya but im pretty sure im more on my father's side. Kalau ikutkan anak perempuan tunggal selalunya lebih rapat dengan mak tapi saya lain sebab lebih manja dengan ayah. Mungkin jugak faktor tu buat saya selalu tak seteru dengan mak sebab selalu kena marah dan bergaduh sebelum kahwin dulu. Its not my intention utk sakitkan hati atau ingkar kata-kata dia tapi its just that i always find it hard to listen to her 'instruction' sebab macam rasa terpaksa. Im sorry mama..

Anyway now I'm blessed with two anak perempuan. Mama dulu selalu cakap saya suka melawan dia, esok dah ada anak, tau lah macamana dia melawan saya pulak. Kadang-kadang bila dia marah saya rasa nak keluar sebab tak suka dengar bebelan dia sebab semua tu boleh jadi doa. Dia memang selalu cakap bukan-bukan bila tengah marah. Macam tak sedar kata-kata seorang ibu tu semua satu doa yang akan termakbul bila ulang-ulang kali cakap. But that's just her and she's still my mother. Cuma saya berazam yang saya takkan jadi ibu yang pemarah bila saya dah ada anak satu hari nanti.

Alhamdulillah, 3 tahun menjadi ibu ni pun saya boleh tengok betapa sabar atau tak sabarnya sifat saya. I know it still too early and mana ada orang menilai diri sendiri, thats not counted. Tapi saya jarang naik angin dengan anak sebab Delisya pandai dengar cakap orang. Syaratnya kena cakap sebijik2 sampai dia paham dengan lemah lembut. Dia akan angguk and say Ooo. InsyaAllah dia takkan buat apa yang kita larang. Instead of marah without explaining memang dia akan buat jugak and mengundang kita untuk marah. Selain dari tu biasalah sifat yang semua kanak-kanak ada macam mintak sesuatu sampai boleh. 

Selalu jugak mak saya salahkan saya terlalu manjakan anak sampai dia spoil and throwing tantrums bila tak dapat apa yang dia nak but hey, thats my child and i have my own way of teaching her. Why can't she trust me with that? Like i said earlier, susah kami nak get along sebab masing-masing punya cara yang berbeza. Thats why i dont want my child membesar dengan perasaan yang sama saya pernah rasa waktu membesar dulu. 

Kalau boleh saya nak Delisya takde langsung rasa insecurities, tak confident, etc inside her. Dia nak throwing tantrums let her sebab bila dia tau cara tu tak berkesan next time dia takkan susah payah tantrum lagi. 

Mukadimah je dah berjela sampai meleret-leret citer kisah silam.

Recently saya terbaca artikel tentang Orked, anak kepada Saiful Nang, seorang jurugambar terkenal yang berstatus jutawan. Orked seorang anak berusia 5 tahun yang dibesarkan di Rumah Anak Yatim dan Asnaf dari kecil. Kisah ni menjadi viral di internet sehingga membuka mata semua orang betapa pentingnya membentuk sahsiah anak bukan dari wang ringgit. Apa yang kita telah lakukan dalam dunia yang serba moden dan mewah ni. Adakah dengan memberi pendidikan di sekolah yang hebat, atau kemewahan yang melimpah sudah cukup untuk menjadikan kita ibu bapa yang sempurna?

Boleh baca kisah betapa mulianya jiwa seorang anak kecil bernama Orked ini di link tersebut.

Tahniah pada ibu bapa Orked kerana berjaya merencanakan kehidupan Orked dari usia yg muda. Usaha kalian menjadi inspirasi saya.

Betapa indahnya dunia ini andai semua manusia punya sifat rendah diri, pemurah, simpati, seperti Orked. InsyaAllah walaupun method mungkin berbeza, tapi saya berazam untuk membentuk Delisya dan Dafiya untuk mempunyai rohani dan sahsiah seperti Orked. Andainya niat kita ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah, insyaallah akan dipermudahkan olehNya.

Sepatutnya kaedah mendidik anak seperti Saiful Nang dan Wardina ni lah masyarakat perlu contohi. Bukan berbangga kepada dunia jika anak kecil kita mampu speaking with American accent atau menjadi fashionista pada usia muda dan boleh menyanyi dengan lancar apa jua lagu. 

Minggu depan 26hb Ogos Delisya akan mula start kelas hafazan Al Quran di Taska Tahfiz Roudhotul Jannah. Will update her progress from time to time soon. Dia pun dah excited sangat-sangat lately asyik pakai tudung biru yang Paklong beli je even dalam rumah. Mudah-mudahan bukan masa kecil ni je semangat nak bertudung, harap-harap kekal sampai dewasa..Semoga Allah mempermudahkan segala usaha saya mendidik Delisya dan Dafiya menjadi anak yang solehah..Ameen..


Tuesday, July 9, 2013

Negativity..please stay away!

Heip.


Today's is 1st Ramadhan. Malam tadi papa kemain semangat gi Terawih and pesan bulan ni nak cukupkan puasa and terawih without failed. Thank u Allah for answering my prayers. Yelah, aku selalu tau berdoa tiap kali masak nasik tu, mintak Allah lembutkan hati papa untuk jadi suami yang soleh, walau tak sealim ulamak, sekurang-kurangnya boleh membimbing aku & anak2 jadi solehah. Alhamdulillah sekarang dah nampak perubahan papa sikit2. Kadang2 aku ni selalu jgk compare2 laki aku ngan laki org lain tau. Macam nak cari ape kekurangan & kelebihan masing2 la konon. Teruk kan..biaselah org xde keje. Tapi aku rasa papa yg terbaik. Sebab papa selalu tolong aku dalam menguruskan rumahtangga, selalu menurut kemahuan mengada2 aku (sometimes), memahami bila aku dah start tensed or baran and such. Macam laki org lain, they often act like a men..you know, men yang think he is powerful and women should be listening to them..

So we had sahur together pukul 5am tadi. Just a plate of potato wedges, kurma, nescafe for him and Anmum milk for me. Taktau la cukup ke tak my milk going to produce by evening sebab less water, tapi InsyaAllah rezeki Allah ada..

Harini ingat nak buat sup daging, sambal belacan & ikan goreng untuk berbuka. 

Actually i had a plan to express something here tapi aku takleh access blogspot for some reason so aku hapdet la status kat FB. Macam x puas tapi i felt less burden la. Heh. Skrg aku dah hide dah status tu. Actually aku tak suka sangat post2 negativity things on my wall sebab it shows who you are. 

Kisahnya macam ni. Kawan aku selalu mengadu masalah peribadi dia kat aku. Bagi die aku je satu2nya tempat dia luahkan rasa walaupun we had many more friends tapi aku ni kira special sketla bg dia. Ok fine, aku tak kisah jadi pendengar yang setia. Masalah yang die sering hadapi adalah disebabkan tekanan perasaan berpunca dr sikap suami yang sgt cruel, family yang pinggirkan die, family mertua yang selfish and anak yang selalu memeningkan kepala dia. 

Tapi one thing aku respect die is that dia sangat berdikari dan tak menyusahkan org kalau tak terpaksa. I admit kdg2 bila ada masalah yang tak dapat dielak, i'll go back to my family or friends for their help.

Dipendekkan cerita, aku kesian dengan nasib dia. Kadang2 masalah datang bertimpa2, dengan keadaan dia yg sarat mengandung, laki dia x langsung jadi suami yg boleh diaharap. Tak perlu la aku cerita ape masalah2 dia. Cukup aku katakan yang aku rasa laki dia sangat kejam. Aku tak suka ada suami yang layan isteri macam tu. Kawan aku ni penah ckp dia cerita semua masalah dia kat aku sebab taknak org lain tau, nanti dorg ada perception yg buruk and anggap laki dia jahat. Dia nak laki dia nampak baik depan semua orang. Then aku ni takde perasaan ke? Aku ni sama je macam manusia lain kot. Bila aku dengar bnda2 yg camtu, of course aku jadi tak suka dengan laki dia. Apetah lagi semua tu aku nampak depan mata aku.

Tapi tak pernah la lagi aku face to face dgn laki dia jauh skali masuk campur tgn dlm hal rumahtangga dorg. Selalunya aku takkan pandang or tegur laki dia. Baru2 ni we had makan2 with all our friends, another friend of mine cerita hal laki dia nak kawen lain and whatnot. Aku rasa tempat memang tak sesuai tambah lagi dgn volume dia yang blh mengundang org lain tumpang dgr. 

But that just her. Memang dari azali kenal dia, dia cmtu. Dia tak hipokrit bagi aku. Kawan2 yang lain taknak layan dengar cerita dia sangat sebab malu dgn org2 sekeliling yg si polan ni cerita pasal poligami dia. Aku je lah yang melayan sebab kesian kan. But i know my other friends are talking behind my back. 

The next day papa sound aku cakap i should not layan her in that topic sbb bila aku bertanya, dia lagi galak bercerita and they all malu. Fine. 

Another thing yang aku bengang is that si 'laki' kpd kawan aku yg aku ckp kejam tadi ni boleh ckp aku wartawan, x sia2 amik Masscomm. Wah. Sentap lah aku dengar sebab it comes out from his mouth. Dia adalah org yang aku tak suka. Dan bila dia ckp pasal aku belakang2 instead of saying in front, aku jadi marah lah. Yang dia nak marah sangat psl isu tu pehal? Die penah ada betina kat blkg bini dia jgk ke? 

Lagi satu, kawan aku yang asalnye tadi ni boleh pulak nak mengumpat ngn aku pasal kawan yg kena poligami td ni. Bagi dia org tu dh kena nasib camtu masih nak mendongak langit dgn bercerita ttg duit. Lantaklah die. Bagi aku ape je yang dia luahkan tu semua terbuku dlm hati dia, apa yang dia rasa. Kalau takleh or tanak dengar, jangan invite die dtg in the first place! 

Aku kesian ngn dia sebab aku perempuan, aku paham kesedihan dia. Taknak perkara tu terjadi kat aku satu hari nanti. Maybe kawan aku tu tak pernah membayangkan diri dia dalam situasi org tu kot. Jangan angkuh, setiap orang ada nasib & takdir dia masing2. Cukup2lah awak tu dengan masalah awak, jgn ditambah lagi dosa sebab kalau berterusan mcm ni, selamanya lah hidup tu tak tenang..


Kalau boleh biarlah hidup kita ni sentiasa ada aura positif supaya org selesa dgn kita. Tapi kawan2 aku yang aku kenal drpd sekolah rendah masih bersama aku hingga hari ni. I love them. Cuma aku tak suka certain things about them mcm percakapan yang sangat kasar. Kadang2 hati aku terguris, kadang2 aku dimalukan, they dont care when they are together. Aku ni punyelah jaga hati org lain tapi dorg tak respect pun aku bila bergurau. 

Kalau dulu aku blh terima tp skrg masing2 dah 27, dah jadi mak budak so matanglah skit. Some people are just too annoying. Aku ni byk makan hati dgn kata2 dorg tapi aku takde la nak simpan dalam lama2, tapi dorg tu pun xde nak paham2 or rasa bersalah ke ape. Thats y aku lebih rela menjauhkan diri and focus on my family. Gathering tu pun bukan aku yg cadang, tapi org lain.

Oklah i have said what i want to say so thats it. Friends, if you guys happen to read my blog and this entry, anggaplah aku dah meluahkan ketidakpuasan hati aku cuma bukan depan2 je. You guys know i get clueless bila depan2 kan. Bye!

Tuesday, May 28, 2013

Zaman Kanak-Kanakku

Hai.


Hari ni aku rasa nak bercerita pasal mainan zaman aku kanak-kanak riang suatu ketika dulu. Sekarang dah 27 tahun berlalu and i miss my childhood..Zaman yang aku tak payah pikir ape-ape masalah & tanggungjawab..just enjoy my life sebagai kanak-kanak ribena yang riang je! Im not sure if my kids will grow up and having life like mine. Back then aku membesar dalam kem askar coz my father is an ex army, mum was a hotelier..our neighborhood semua keluarga2 askar jugak and we live in quarters 3 tingkat. 

As i could remember, those days me and my brother were so closed and aku hampir2 jadi tomboy sebab selalu ikut die main ngan kengkawan laki die. Bukannya aku takde kawan pompuan, tapi semua jenis kena kurung dalam rumah. Since my parents both working, takde sape nak pantau kitorang utk mandi, makan, tido, buat kerja sekolah etc. Tapi that time kitorang boleh berdikari and it seems nothing wrong with it. Kadang2 ada lauk mama masak tinggal. Sometimes we just eat whatever inside the kitchen. Ratah maggi and milo tu selalu sangat kot.

Anyway, aku rindu zaman tu sangat2..aku tak berapa ingat sangat la kawan2 sepermainan aku dulu macam Andy Azwan, adiknye Azidaliyani,Ammar Qadaffi dan awek die Norizan, Fatie, Aina, Atikah, so many that i couldnt even recall their name..oohh im so sorry buddies..semua ni dah lost contact sebab dah pindah, dah cont study and all..

Masa kecik2 dulu, kids like me dont know how to play computer games. We dont have any gadget like what we have now. Of course ada computer kat rumah. Mama pernah ajar but it is something like educational punya game la. Boring. So petang2 je kitorang akan berkumpul and main sampai la maghrib. Elok pulak playground depan rumah aku je. Tapi ada hari2 naik sheikh kitorang naik basikal pergi jauh2 sampai balik kena sebat dengan abah. Camne die tau port jauh kitorang tu agaknye??

Port yang dimaksudkan tu adalah tadika, klinik, markas askar, rumah2 pegawai (bkn ke rumah) tapi sebab kawasan tu atas bukit dikelilingi pepohon hijau seolah2 dalam cerita Snow White and the 7 dwarfs..can u imagine??Best giler siap lari2 main sorok2 dalam rumah kosong..sikit pun tak takut kena sampuk or disorok bunian ke ape..How come?? Mungkin kitorang lebih menakutkan daripada makhluk2 tu kot?

Kami jugak ke kawasan rumah prebet2 sebab sane low cost sket umah die, so diorang robohkan to built a new one but it took few months to rebuilt, so we go there, ade byk sangat botol2 kicap,cuka like that. Maybe the prev owner kumpul nak jual kat keling botol tapi tak sempat kot. So what we do is one of us main baling botol kaca tu ke jalan. Not main road, Just road yang small that a motor je boleh lalu. Ya i know it was so bad of us to do that. Habis bersepai kaca bersepah2 tengah jalan and none of us cedera sikit pun. Those with motorcyle yang nak lalu jalan tu sure maki dalam hati. But hey, its not main road pun..shortcut je kot! (sedapkan hati) Selain tu aku jumpa hair wig ala-ala Saloma, kanta besar macam saintis guna, pakaian and whatnot..diorang ni pindah rumah tapi rumah tinggalan tu macam2 ada..takdela aku kutip bawak balik sebab tau memang nak kena belasah la namanya..

Then kami main kat port rekrut buat latihan fizikal. Macam panjat halangan batu tu, merangkak dalam gelung tayar, gayut kat tali atas air to jump over the other side, etc..ala pendek kata macam latihan yang korang buat kat LPKN tu lah..

Paling best sekali adalah rumah aku kat tingkat 3 which is paling atas. So we had access to the rooftop from our store. Abang akulah yang ajar naik tangga tu. Since then tu jadi port lepak aku utk tido and main sebab sejuk gila atas tu. Ada tangki air tapi situ bersih, xde orang boleh naik situ kecuali melalui abah aku sebab dia yang pegang kunci stor..how cool is that? Siap aku menyanyi2 lah macam video klip Nora bajet suara sedap konon siap pakai selendang dan ditiup angin..bayangkan atas bumbung quarters, budak 11 tahun nyanyi2..hilang akal kan?? perghh apelah perasan sgt aku tatkala itu..*mcm bodow! But nobody cares or berani begitau parents aku hahaaa...

Belakang rumah aku pulak ada kebun and parit kecil sebelum ada pagar and hutan. Kebun tu milik jiran2 aku jugaklah. Macam2 tanaman. Ada serai, ubi kayu, pisang, u name it lah. So ubi kayu belongs to my dad. Abang aku punya idea gi amik khemah askar tu buat port lepak kitorang. Seronok tak terkata kitorang masa tu. Siap main pancing2 ikan kat parit lagi. Then korek tanah amik ubi kayu tu pasang api, panggang and makan (dengan tangan tak basuh ape semua). Rasa macam zaman Jepun giler ah..Memang ohsem gile bai share reramai ubi panggang tu. Pucuk ubi yang orang buat lauk tu aku amik tangkai die buat rantai lagi. Bapak2 memancing ikan, mak2 gi cabut daun jarum emas nak masak..perrghh terbaik la zaman kanak2 aku..rindunyaaa.. Malam tu abah mengamuk lagi kitorang menjahanamkan tanaman die..=(

Anyway selain drpd tu kami main ketenteng, sorok2, gasing, konda kondi selipar getah, one two som, congkak pakai batu,  batu seremban, layang2, galah panjang, nenek kebayan, pukul berapa Datuk Harimau, duk atas kadbod and tarik turun bukit..it was so fun...hari Sabtu pukul 7, lari naik rumah nak tengok Doraemon..


Banyak lagi kenangan masa kecik aku..mybe lain kali lah aku cerita sebab entry kali ni aku nak story pasal game je sebenarnya. I wish i can go back into that place where i grew up and amik gambar lagi rumah lama aku..Mybe dah banyak yang dah berubah but thats okay..


Abah & Mama..i miss both of you back then..skrg pun still lagi cuma we were so happy long time ago..banyak kenangan pahit dan manis kan? Semoga abah dan mama dipanjangkan umur dan sihat sentiasa..

Monday, March 4, 2013

Trend tak trend. Ade aku kisah?

Assalamualaikum.


Hari ni news feed kat Facebook aku penuh dengan info pasal isu pencerobohan di Lahad Datu. Yes, i know everybody talk about it even me and papa at home as well. Cuma yang jadi isu disini ialah kesahihan dan ketidak sahihan fakta yang ditulis tu. Let me explain in a simple way.

Courtesy of Google Image 

Its like a trend for people to talk about something which became an issue in a social media. Kes Lahad Datu ni secara langsung bak kate kawan aku, dah banyak melahirkan ramai general perang, penganalisis perang, penganalisis politik, sejarawan, wartawan, pahlawan dan conspiracy theorists. So what? You think its cool bile dapat jadi pengulas & penganalisis bahan cerita? No no no...

Just because people talk about it, doesnt mean you also had to involved in that topic. The reason im saying this is because kite kena ukur knowledge kite tahap mana. Cukup tak ilmu di dada bila nak berdebat tu. Kalau setakat cedok info drpd orang lain, bace status2 orang kite rase dh gained enough knowledge, silap tu. Sebab manusia ni pemikiran lain2. Ada yang sokong kerajaan, ada yang membangkang so macam2 isu nak dibangkitkan in time of crisis. Bile diri dah dihasut dengan kenyataan2 yg takde bukti kukuh, mula lah nak emotional. 

Aku bukan nak suruh berdiam diri, No.. You can stand out and talks on your opinion cuma jangan la emo sangat..janganla bias sangat.. jgn cakap berdasarkan hasutan.. get the fact, kaji dulu sbb zaman skg gambar boleh diedit, ayat boleh di copy paste, macam2 lah. That simple thing pun takkan xleh nak guna logik minda kan.. Bila kite bercakap tanpa berfikir dulu, it really shows our stupidity and lack of knowledge. Macam orang kampunglah yang bersembang di kedai2 kopi. Jadi, banyakkan membaca. Diam bukan bermaksud bodoh dan tak ikuti perkembangan semasa. Cuma its better that way drpd bergebang tapi habuk pun tarak..

Secondly ni takde kena mengena dengan sesiapa. Aku cuma nak tekankan kat sini how much i hate these two:-
Harlem Shake
Oppa Gangnam Style
Seriously.. these two videos are just plain stupid! C'mon..you can hate me for this. People all over the world talks, watch, blog, share about this and i think this is junk and a piece of shit. What do you guys get from this? Semua ni pengaruh dunia luar yang sangat bertentangan dengan budaya kite. Yeah i know i sounds poyo sket. Memang aku dulu pun buta tuli tapi semenjak dah meningkat dewasa ni aku dah kembali ke pangkal jalan la. Eceh, nak muntah tak??

Ade sumber from Facebook yang aku terbaca pasal lagu dan tarian Gangnam ni yang berasal from Korea Basically this song tells about the city yang penduduk dia live in a luxury lifestyle and women mostly would do anything for money. Asalkan boleh bergaya, hidup mewah so harga diri bukan ukurannye. Diorang ni sanggup merendahkan martabat sendiri smata2 untuk kemewahan and orang kaya2 ni suke la nak amik kesempatan kan..kan..kan? Dasar brengset! So ape yang patut kite agung2kan dengan tarian anjing sawan ni? Psy tu pun bukan ade rupe sgt pun..Harap lemak je lebey.. This song is totally a no no for me! 

Same goes to Harlem Shake yg skrg tengah menjadi kegilaan manusia all over the world right now. As i watched the vids, i dont find any interesting thing yang boleh buat aku teruja or even nak shake jugak. Coz komen2 drpd peminat harlem shake ni menggembar gemburkan video ni buat kite nak shake jugak. Itu semua dusta. Itu semua poyooo..Cakap jela korang taknak dikatakan tidak mengikuti trend semasa right...

Ape yang aku nampak hanyalah a plain stupid dancing movement yang as if like kite tengah release tension. Of course you can do that. But alone. Under the shower. No one seen. Thats fine. Kan??? Tapi dalam video tu orang bogel pun ade, makcik n atuk2 tua pun nak join sekaki, watdehel?? Cant you guys see?? Betapa dunia barat cuba menyesatkan kite yang berbeza budaya ni untuk follow style dorang?? So buatpe nak follow sangat? Actually aku tak kisahla kalo korang rasa aku ni ketinggalan zaman ke, poyos ke, bajet gud-gud or whatsoever. Yang aku tau aku x follow something just because its a trend. I just be myself. Ok.

Sekarang org yang poyo ni nak sambung buat keje opis. Kbai!

Wednesday, January 23, 2013

I'm Officially...

...a makcik dah...tahun 2013 ni umur aku dah 27 u know..people says age is just a number but for me its a big matter. Sebabnye, i enjoyed my life in my middle 20-25. Back then, my life has been so great cuz peralihan daripada remaja ke dewasa. I miss those moments back in my Uni days..tipulah kalau aku cakap taknak kembali ke zaman kegemilangan tu. Eh macamlah skrg ni zaman kejatuhan aku! Puii~

Until today, walaupun sedar diri ini dah jadi mak kepada 2 budak, inside i still feel young as in my earlier 20's. Wait wait wait..korang jgn ingat aku ni perasan tak bertempat...Maksud sebenar aku adalah, aku suka dgn life aku yg dah berumahtangga dan berkerjaya skrg ni..cuma aku rindukan zaman sebelum kahwin dulu jgk..where i can hang out with my girls anywhere we want, flirt with guys, dressed up nicely, enjoying life to the fullest!Yeah sumpah semuat tu sangat2 awesome and aku bersyukur dapat merasai kehidupan as a students in University, get my Degree, got a career, married to the love of my life and blessed with beautiful babies today. A trillion thanks to my parents jugak sebab berjaya raised me up menjadi insan yang berguna dan sentiasa berkorban apa sahaja dlm membesarkan anaknya...chewahhh~bg speech mcm menang award pulak!

Talk about that, i realized dewasa ini *haktuii* aku takkan pernah dapat membalas jasa mama & abah membesarkan aku dari kecik, menyekolahkan aku, dan mengahwinkan aku. I knew i never had any chance to actually hold them tights and say thanks sebab menjaga aku dan menyayangi aku. Now having my own child, baru aku paham macamane rasenye sayyaaangg sangat2 kat anak tu. Bak kate bebudak baru nak up *sayyyang awak ketat2!!!* 

But mama..abah..this is sincerely comes from my heart - terima kasih sebab berikan kasih sayang yang tak berbelah bahagi..terima kasih sebab kerja keras mencari rezeki membesarkan dan menyekolahkan aku...dan paling utama, terima kasih atas pengorbanan mama & abah dalam melayani kerenah aku yang takde batasan ni. Aku tak penah lupa how ngengade i am mase kecik dulu selalu mintak abah segala macam mak nenek..padahal masa tu tak penah pun aku pikir abah ade duit ke idok, abah penat balik keje ke idok dsb..sampai dah besau menyusahkan die..and abah walaupun mengeluh & berkira, tapi dia seboleh2 cuba jugak nak puaskan hati satu-satunya anak dara die ni..*ah!macam dara lagi jek! =P..

Same goes to mama, walaupun die tak seperfect Tokoh Ibu Mithali 2012, tapi die tetap insan yang hebat sebab mampu beranakkan aku secara normal. Siryes weh..who said gave birth was easy? Ko ingat macam berak taik keras?? Memang perit sebab bertarung nyawa nak lahirkan 1 nyawa ke dunia ni. And now aku dah rasa peritnya dan nikmatnya menjadi ibu..i truly understand and felt what she felt 26 years ago..Malah mama pun dah bersusah payah bekerja mencari rezeki dalam meringankan beban abah dulu..(that explain camner aku leh jadi ibu bapa olok2 kepada adik aku)

Thanking them are still not enough. Tapi aku jugak bukan jenis gedik2 peluk mama abah. Maybe sbb as we siblings grew older, mama ngn abah dah jarang tunjuk kasih sayang. So segan nak peluk2 cium like others do. Kang tak pasal2 kene sound buang tebiat ke ape aku nih nak feeling2!

Banyak weh pengorbanan bila dah menjadi ibu bapa ni..Having kids is not easy as having a pets. They are human beings. Yang membezakan kita dgn anak adalah kita lebih dulu makan garam. So kita tau garam tu masin. Yang diorang tau ratah milo, nestum dan segala yang manis. Sebab tulah budak2 ni sweet je no matter how smelly they are..ngeh3~

TIDUR adalah contoh paling nyata - malam tidak akan sama seperti dahulu. Kecuali papa, tidur die selalunya nyenyak sebab die boleh ignore any light sounds. Tapi sebagai mak, kalau aku practice the same thing, alamatnye menangis tak berlagu la anak-anak aku mintak susu tengah2 malam. So aku sentiasa alert bila Delisya or Dafiya start merengek sebab nak susu / air di tengah malam yang hening. Kadang2 ada masanya Delisya mengigau bagai dirasuk, baru papa tolong tenangkan sampai die tertido balik. Biaselah, kids..sometimes aku pun lupa nak basuh kaki die sebelum tido..

MAKAN juga tergolong dalam kategori berkorban. Sebabnya aku ni memang gilakan jajan. Papa sampai dah malas nak penuhkan fridge tu dengan jajan sebab aku yang menghabiskan bukannya anak2. Kadang2 aku ni jahat gak gi habiskan separuh drpd cekelat yang Delisya makan..i know..pathetic right? But hey, tak bagus ok kanak2 makan cekelat banyak sgt, nanti rosak gigi! Pehtu bila die ajak ke Marrybrown, berulang-ulang kali, aku redha..bukan kerana nak jadi ibu yg menurut segala kehendak anak, tapi sebab die sangat happy bila di Marrybrown. She could play there all day long. Tak macam di Mekdi or Kepsi.. *tak guna betul mak die ajar anak makan fastfood kecik2 lagi* Again, berkorban dari segi uang dan citer korean di OneHD.

KEMALASAN. Dah jadi parents ni kene kikis lah sikit2 sifat tu. Aku dah berubah kini walaupun orang tak nampak. Tapi aku tak kisah yang penting papa sayangkan aku and tau aku ni isteri yang camne. What others think x penting bagi aku. Mak aku selalu bising aku tak masak. Tapi dia selalu datang tika rumah aku takde lauk. Aku ni pulak kalau memasak, cukup2 untuk makan 2x je. Papa tak suka aku masak banyak2 and end up simpan fridge. Nak makan makanan yang dipanaskan balik adalah sangat tidak menyelerakan. Delisya pulak jenis tak makan banyak. Sebab bila aku masak and panggil dia makan, memang aku sakit hati balik. Thats why bila dia baru rasa nak makan, aku dengan sepantas kilat masak.

Lagi satu, bawak anak2 ke klinik untuk normal checkup tiap2 bulan. Sumpah aku paling menyampah nak amik nombor, timbang berat bagai and sitting there watching her run around, penat hokey..But thats a price i have to pay for having a healthy kids. Nak ikut malas sangat kang senang pulak anak2 aku dijangkiti penyakit... Pendek kata macam-macam pe'el lah anak2 ni dalam nak membesar. Kalau aku nak senaraikan perangai dak Isya ni sampai esok tak sudah..being a mom jugak melatih aku utk lebih bersabar..dan bersabar...dan bersabar...

Kesimpulannya, aku terpaksa terima hakikat lah sekarang yang aku ni bukanlah muda remaja lagi. Sebab rasa diri ni tua sikitlah bile kengkawan aku dressed up like makcik or takpun cam pangkat akak2. Then kat klinik surrounded by people yang asyik bercerita sal anak masing2 instead of topic fashion, drama, guys, or celebs. Eyyyhhh...watdehel nak citer benda lain selain topik kekeluargaan kan?? Una..una..ko tu yang tak sedau diri lagi nih~

Minggu lepas amik Delisya kat nursery, si Afiq cakap kat aku "acik, isya amik lego kite.."

Terhenti nafas aku 2 saat bila die cakap camtu. Tapi cecepat aku gelak2 untuk cover. Sebenarnye aku cam takleh blah dipanggil ACIK pastu baru aku sedar, takkan die nak panggil aku AKAK?? wadefak kan?? So itulah..aku redha..hahahahaa bangang!

Tuesday, January 22, 2013

Gossip Makcik In Da Houze!

Haa~ macam bodoh je title aku kan! Gossip lah sangat.. Korang bajet aku nih macam Mak Jemah kat Era.fm tue? Suka jaga tepi kain orang? Ehem.. well menipu beno la kalau aku menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu kan..

Actually adelah sikit walaupun tidak begitu obvious kheenn..Sebab menurut papa, die tak suka orang lain ambil tahu life or hal rumahtangga dia and that is why die tak pernah suka or teringin nak amik tau hal orang lain..I've been with him for more than 6 years and so sikit sebanyak terikut2 jgkla cara pemikiran dia..

Betul la kan? Sebab bila kita tau org lain sibuk mengumpat hal kita. for sure hati kecil kita akan berkata begini : 

"Apesal ko sibuk sgt dengan apa aku nak buat? Aku ada kacau laki ko ke? Aku ada mintak duit mak bapak ko ke? Aku ada kacau hidup ko kehhh???" dsb..

Atau.  

 "Alhamdulillah..takpelah..yang berdosanya die..biarlah die berkata semahu mahunya sebab aku tau die jeles ngn aku.."

That is so not me. 

Kalau aku, orang mengumpat aku..seriously aku citer kat papa dulu and he'll pujuk hati yang duka lara ini dan perasaan itu akan hilang beberapa jam kemudian! Yeah.. its called MAGIC! ko ade?? 

Tapi penah tau sekali masa aku study dulu..aku duk ngn si J ni..kami sgt berbeza cara hidup wlpn sebilik..die spoil brat, kaki clubbing, up to date sedangkan aku jauh panggang dari api.... Masuk 2nd year aku pindah duduk luar and x kawan die lagi tapi dia masih memandang sinis padaku seolah2 musafir yang berkelana. Dipendekkan citer aku dapat tau dari kengkawan yang macam lalang (sbb dorang geng ngn aku & at the same time geng ngn si J gak) bahawasanya si J ni byk citer buruk2 sal aku..malah yg direkacipta pun ade. memang kreatif die bab2 tu..*skip that part* and aku terus berlari2 anak menuju ke rumah sewa lantas menyembamkan muka ke sofa dan menangis semahu2nya.. Hatiku luka parah, terguris, terhiris, pecah, terbakar, punah dan ape2 jelah. Puas housemate2 aku pujuk and say things that my ears want to hear. Malah dorg tau how bad it is si J and so dorang cakap x berbaloi aku nak cry for that BITCHY! *akhirnye!

Saban hari tau aku pikir ape salah aku kat die.. aku ni x pernah buat apa yang die buat kat aku..Aku ni takdelah macam pari-pari kayangan tapi aku tau aku tak pernah cakap benda buruk sal die, kacau kengkawan or hidup die, malah tidak jua aku memandangnya sebelah mata ketika di kelas..Bagi aku, kalau aku tak gemo org tu, aku lebih selesa anggap die x wujud. So aku takde rasa skt hati, marah, sedih or whatsoever towards that person. Senang. Dosa aku pun tak menimbun! But then i realize, bukan salah ibu mengandung..tapi die memang dilahirkan camtu so biarlah. Tak guna nak confront her for that. Biarlah die tanggung dosa dia sendiri...

Tell the truth, aku memang suka meluahkan ketidak puasan hati aku kat papa sorang je. Bukan kawan2 rapat. Sebab, papa lelaki. Kawan2 aku perempuan. Spot the differences?? Lelaki tulen macam papa citer waktu tu, habis waktu tu jugak. Citer kat Hawa, x berkesudahan journey die..Memang mengumpat tu berdosa..cuma aku rasa dosa aku tu kecik sikit la bile citer kat papa kalau dibandingkan citer ngn orang lain! *Hah~Yeke?? 

Well at least..AT LEAST..aku tak nampak teruk kan macam setengah orang yang suka mengumpat dimana2 sahaja dan tak sedar yg dia tgh buat dosa sambil mempedulikan org sekeliling yg pasang telinga...dengan suara yg tak perlukan speaker tu, terus terang aku cakap..aku MALU sangat2 berada di sisi orang sebegini. Mungkin aku hanya mendengar dan tak mengumpat sama tapi orang2 sekeliling punyai perception mereka sendiri..Ah..sungguh ku mohon Allah berilah keinsafan kpd org2 sebegini..aku malu..x sanggup lagi...kalau tak tahan sgt hati tu nak mengumpat jgk, bisik jelah..sok sek2 sudah..tapi jgn kuat2 sebab aku BENCI!!! paham????

Dahla aku ni sebenonya byk lagi nak type tp aku takut entry ni terlalu panjang sedangkan takde mesej yg bermanfaat pun utk disampaikan..Oleh itu sebelum berakhir, aku cuma berharap agar orang2 sekeliling aku samada kawan, keluarga atau anybody untuk perlahankan suara ketika hati tu mmberontak sgt2 utk mengumpat. Yes i know there are people, women especially rasa x senang duduk selagi tak citer and hanya dpt tarik nafas lega bile dah citer *cm Kartina Aziz yang menarik nafas panjang lps mengumpat dlm citer Mummy Needle.* But please..behave...
 

Tuesday, January 15, 2013

My heart want to speak..

As i was saying previously, blog is a place for me to express my feelings or share anything with the world about every single thing in my mind, right? I'm pretty sure there are peoples who became a silent reader of my blog but don't worry, there's nothing wrong with it. I dont care how many people follow my blog or even none, that doesn't effect me at all.


One thing that concerned me a lot is the thing that people 'argue' about my "rights" to speak. Yeah..i'm now feel like there's no more freedom in speaking as it should be. There's a boundaries to it. *tak boleh diterima akal!* 


Actually... i have no power to do anything about it. Lantak la korang tak paham menatang apa aku cakap nie. For those who close to me might catch a bit what im trying to say..~sigh

Ok move on.


Manusia memang tak pernah puas dengan apa yg dia ada kan? That's a fact. Mulut kata 'Syukur Alhamdulillah' tapi hati nak lebih dan lebih lagi. Memang fitrah manusia nak yang terbaik dalam hidup masing-masing walaupun kite kadang2 taktau ape sebenarnya yg betul2 memuaskan kehendak kita. Im talking in general. Kalau nak terasa, terpulanglah.

Memaafkan semua orang sebelum kita tidur. Itu sunnah Rasulullah. Hanya dengan itu,hati manusia ni menjadi tenang. Sebab bila banyak sangat musuh dan busuk hati dengan orang, it shows on your face, it really does. For woman, you look older before your age you know? Make up tebal pun tara guna...Oleh itu, lupakanlah segala sengketa lama dengan sesiapa je yg pernah menyakiti hati kita wlpn perbalahan itu sesuatu yg sgt menyakitkan sebab bila kita muhasabah diri kita, Allah akan bantu kita lupakan kesakitan tu sekaligus mengurangkan ingatan kita pada kenangan pahit tu.. There's no use of saying "i forgive but can never forget" Nobody ask you to remember that bitterness. The choice is in your hand. Kita yg mengawal otak kita. Use your brain wisely sbb itu adalah anugerah Allah paling bernilai kpd manusia. Biarlah Tuhan je yg membalas segala kejahatan orang. Dia akan dapat balasan samada di dunia atau akhirat nanti, yang pasti itu antara dia dgn Tuhan. Kita sebagai manusia sesama manusia, apa hak kita nak judge atau hukum orang? Memang aku tak boleh terima langsung! Sebab tu lah manusia ni hati tak pernah tenang sbb taknak memaafkan musuh, berprasangka kpd org lain dsb..Kita sendiri boleh menilai muka orang yg kita rapat specially those yang kita sayang samada hatinya molek atau tidak molek.... lu pikirlah sendiri. 

Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia utk diansihati. People are sooo fake. Thats the truth. Adalah lebih baik kalau semua orang takde sifat busybody atau menyusahkan diri pikir tentang kehidupan orang lain. I give you an example. 

A: Ko keje ok ke? Company ko bg bonus x year end hr tu?
B: Ok je. X de bonus pun.
A: Ko ni x terpikir ke nak carik kerja yg stabil or better drpd skrg? Sampai bila ko nak berada di takuk yg lama hah? Takat jadi kuli, bek x payah belajar tinggi2 kot.
B: Kenapa dgn kerja aku skrg? Tak halal ke? Tak setimpal dgn gaji ke? Menyusahkan hidup org ke?
A: Ko tu tak pandai guna cable nak naik.
B: Aku dah cuba segala yang terbaik dlm hidup aku. Its just a matter of time.

Ini adalah perbualan yang tak membina. Menjadikan seseorang tu rasa bengang and annoyed. Sepatutnya it could be better if like this:

A: Ko keje ok ke? Ape yang ko dah belajar so far?
B: Ok. Aku dah pandai buat mcm2 benda yg aku tak sempat praktikkan masa study dulu sebab asyik skipped group project, tapi alhamdulillah aku dah mahir sikit buat benda yg aku belajar kat U dulu.
A: Ok lah tu..ko keje kuat sikit..gain knowledge sebanyak mungkin..Nanti dah pro, senang sikit ko nak naik atas
B: InsyaAllah..(happy dgr peransang yg membina)  

See the differences? Or people, if you dont have a nice thing to say, it is better to keep your mouth shut so that others wont see your weaknesses and you yourself tak menyakitkan hati sesiapa...know what i'm sayin? 

Last but not least, sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ingat kita ni manusia yang serba kekurangan. Being positive ertinya kita kena memancarkan energi baik, hingga setiap orang yang dekat dengan kita dapat merasakan kekuatan baik yang positif. Orang yang beraura positif akan memancarkan energi positive ke alam semesta dan kehidupan, sehingga setiap manusia yang bersentuhan dengan kita akan merasa tenang dan selesa.