Thursday, August 22, 2013

Saiful Nang, Anda Sumber Inspirasi Saya Dalam Mendidik Anak-Anak.

Setiap hari saya meluangkan 40% masa bekerja saya menghadap Internet (Google, Facebook, Blog etc). Pengetahuan am baru yang diperolehi secara purata 30% merangkumi aspek general knowledge about health, environment, and paling suka bila berkaitan pembinaan sahsiah, keluarga dan kids development. Mungkin faktor usia (27) dan sudah menjadi ibu kepada 2 anak perempuan menjadikan saya lebih tertarik untuk memperbaiki diri berbanding hiburan atau business sampingan dsb.

Sebelum ini saya pernah kongsikan TIPS WARDINA MELATIH ANAK-ANAKNYA SOLAT. Dia antara idola saya selain daripada Prof Dr Muhaya. Kaedah yang mereka guna untuk mengajak manusia ke arah kebaikan sangat berkesan. Sejuk hati tengok dia berjaya melatih anak-anaknya yang masih kecil bertudung, solat cukup waktu. Saya sendiri belum sempurna sepenuhnya, selalu tertanya-tanya mampukah saya menjaga amanah Allah yang dua orang ni sebaiknya sebab besar tanggungjawab membesarkan anak-anak. Bukan macam bela haiwan peliharaan yang bagi makan, tempat tidur dan tanam bila dia mati. Sebab manusia punya akhlak dan rohani yang perlu dibentuk. Semua ni menjadi kemusykilan saya sebab saya bukan dilahirkan dalam keluarga Ustaz/ Ustazah atau berlatarbelakangkan keluarga yang bijak pandai jauh sekali berstatus jutawan. 

Ibu bapa saya telah menjalankan tanggunjawab mereka dengan sebaiknya walaupun mungkin tidak cukup sempurna tapi saya tahu itu yang terbaik mereka sudah lakukan. Contoh, menghantar saya sekolah dari tadika hingga ke Universiti, menghantar kami adik beradik mengaji agama dan solat, mereka bekerja siang malam mencari rezeki utk membesarkan kami 4 beradik. Tak termasuk pengorbanan yang kami adik beradik tak nampak. Bila dah jadi parents, baru saya faham apa itu pengorbanan ibu bapa samada dari segi perasaan, wang ringgit atau masa.. They have done their part sebaiknya and until now saya masih takkan mampu balas jasa mereka.

Ibu saya seorang yang garang dan outspoken manakala ayah seorang yang lembut dan penyabar. Two different character ni ada dalam diri saya but im pretty sure im more on my father's side. Kalau ikutkan anak perempuan tunggal selalunya lebih rapat dengan mak tapi saya lain sebab lebih manja dengan ayah. Mungkin jugak faktor tu buat saya selalu tak seteru dengan mak sebab selalu kena marah dan bergaduh sebelum kahwin dulu. Its not my intention utk sakitkan hati atau ingkar kata-kata dia tapi its just that i always find it hard to listen to her 'instruction' sebab macam rasa terpaksa. Im sorry mama..

Anyway now I'm blessed with two anak perempuan. Mama dulu selalu cakap saya suka melawan dia, esok dah ada anak, tau lah macamana dia melawan saya pulak. Kadang-kadang bila dia marah saya rasa nak keluar sebab tak suka dengar bebelan dia sebab semua tu boleh jadi doa. Dia memang selalu cakap bukan-bukan bila tengah marah. Macam tak sedar kata-kata seorang ibu tu semua satu doa yang akan termakbul bila ulang-ulang kali cakap. But that's just her and she's still my mother. Cuma saya berazam yang saya takkan jadi ibu yang pemarah bila saya dah ada anak satu hari nanti.

Alhamdulillah, 3 tahun menjadi ibu ni pun saya boleh tengok betapa sabar atau tak sabarnya sifat saya. I know it still too early and mana ada orang menilai diri sendiri, thats not counted. Tapi saya jarang naik angin dengan anak sebab Delisya pandai dengar cakap orang. Syaratnya kena cakap sebijik2 sampai dia paham dengan lemah lembut. Dia akan angguk and say Ooo. InsyaAllah dia takkan buat apa yang kita larang. Instead of marah without explaining memang dia akan buat jugak and mengundang kita untuk marah. Selain dari tu biasalah sifat yang semua kanak-kanak ada macam mintak sesuatu sampai boleh. 

Selalu jugak mak saya salahkan saya terlalu manjakan anak sampai dia spoil and throwing tantrums bila tak dapat apa yang dia nak but hey, thats my child and i have my own way of teaching her. Why can't she trust me with that? Like i said earlier, susah kami nak get along sebab masing-masing punya cara yang berbeza. Thats why i dont want my child membesar dengan perasaan yang sama saya pernah rasa waktu membesar dulu. 

Kalau boleh saya nak Delisya takde langsung rasa insecurities, tak confident, etc inside her. Dia nak throwing tantrums let her sebab bila dia tau cara tu tak berkesan next time dia takkan susah payah tantrum lagi. 

Mukadimah je dah berjela sampai meleret-leret citer kisah silam.

Recently saya terbaca artikel tentang Orked, anak kepada Saiful Nang, seorang jurugambar terkenal yang berstatus jutawan. Orked seorang anak berusia 5 tahun yang dibesarkan di Rumah Anak Yatim dan Asnaf dari kecil. Kisah ni menjadi viral di internet sehingga membuka mata semua orang betapa pentingnya membentuk sahsiah anak bukan dari wang ringgit. Apa yang kita telah lakukan dalam dunia yang serba moden dan mewah ni. Adakah dengan memberi pendidikan di sekolah yang hebat, atau kemewahan yang melimpah sudah cukup untuk menjadikan kita ibu bapa yang sempurna?

Boleh baca kisah betapa mulianya jiwa seorang anak kecil bernama Orked ini di link tersebut.

Tahniah pada ibu bapa Orked kerana berjaya merencanakan kehidupan Orked dari usia yg muda. Usaha kalian menjadi inspirasi saya.

Betapa indahnya dunia ini andai semua manusia punya sifat rendah diri, pemurah, simpati, seperti Orked. InsyaAllah walaupun method mungkin berbeza, tapi saya berazam untuk membentuk Delisya dan Dafiya untuk mempunyai rohani dan sahsiah seperti Orked. Andainya niat kita ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah, insyaallah akan dipermudahkan olehNya.

Sepatutnya kaedah mendidik anak seperti Saiful Nang dan Wardina ni lah masyarakat perlu contohi. Bukan berbangga kepada dunia jika anak kecil kita mampu speaking with American accent atau menjadi fashionista pada usia muda dan boleh menyanyi dengan lancar apa jua lagu. 

Minggu depan 26hb Ogos Delisya akan mula start kelas hafazan Al Quran di Taska Tahfiz Roudhotul Jannah. Will update her progress from time to time soon. Dia pun dah excited sangat-sangat lately asyik pakai tudung biru yang Paklong beli je even dalam rumah. Mudah-mudahan bukan masa kecil ni je semangat nak bertudung, harap-harap kekal sampai dewasa..Semoga Allah mempermudahkan segala usaha saya mendidik Delisya dan Dafiya menjadi anak yang solehah..Ameen..


No comments:

Post a Comment