Wednesday, January 23, 2013

I'm Officially...

...a makcik dah...tahun 2013 ni umur aku dah 27 u know..people says age is just a number but for me its a big matter. Sebabnye, i enjoyed my life in my middle 20-25. Back then, my life has been so great cuz peralihan daripada remaja ke dewasa. I miss those moments back in my Uni days..tipulah kalau aku cakap taknak kembali ke zaman kegemilangan tu. Eh macamlah skrg ni zaman kejatuhan aku! Puii~

Until today, walaupun sedar diri ini dah jadi mak kepada 2 budak, inside i still feel young as in my earlier 20's. Wait wait wait..korang jgn ingat aku ni perasan tak bertempat...Maksud sebenar aku adalah, aku suka dgn life aku yg dah berumahtangga dan berkerjaya skrg ni..cuma aku rindukan zaman sebelum kahwin dulu jgk..where i can hang out with my girls anywhere we want, flirt with guys, dressed up nicely, enjoying life to the fullest!Yeah sumpah semuat tu sangat2 awesome and aku bersyukur dapat merasai kehidupan as a students in University, get my Degree, got a career, married to the love of my life and blessed with beautiful babies today. A trillion thanks to my parents jugak sebab berjaya raised me up menjadi insan yang berguna dan sentiasa berkorban apa sahaja dlm membesarkan anaknya...chewahhh~bg speech mcm menang award pulak!

Talk about that, i realized dewasa ini *haktuii* aku takkan pernah dapat membalas jasa mama & abah membesarkan aku dari kecik, menyekolahkan aku, dan mengahwinkan aku. I knew i never had any chance to actually hold them tights and say thanks sebab menjaga aku dan menyayangi aku. Now having my own child, baru aku paham macamane rasenye sayyaaangg sangat2 kat anak tu. Bak kate bebudak baru nak up *sayyyang awak ketat2!!!* 

But mama..abah..this is sincerely comes from my heart - terima kasih sebab berikan kasih sayang yang tak berbelah bahagi..terima kasih sebab kerja keras mencari rezeki membesarkan dan menyekolahkan aku...dan paling utama, terima kasih atas pengorbanan mama & abah dalam melayani kerenah aku yang takde batasan ni. Aku tak penah lupa how ngengade i am mase kecik dulu selalu mintak abah segala macam mak nenek..padahal masa tu tak penah pun aku pikir abah ade duit ke idok, abah penat balik keje ke idok dsb..sampai dah besau menyusahkan die..and abah walaupun mengeluh & berkira, tapi dia seboleh2 cuba jugak nak puaskan hati satu-satunya anak dara die ni..*ah!macam dara lagi jek! =P..

Same goes to mama, walaupun die tak seperfect Tokoh Ibu Mithali 2012, tapi die tetap insan yang hebat sebab mampu beranakkan aku secara normal. Siryes weh..who said gave birth was easy? Ko ingat macam berak taik keras?? Memang perit sebab bertarung nyawa nak lahirkan 1 nyawa ke dunia ni. And now aku dah rasa peritnya dan nikmatnya menjadi ibu..i truly understand and felt what she felt 26 years ago..Malah mama pun dah bersusah payah bekerja mencari rezeki dalam meringankan beban abah dulu..(that explain camner aku leh jadi ibu bapa olok2 kepada adik aku)

Thanking them are still not enough. Tapi aku jugak bukan jenis gedik2 peluk mama abah. Maybe sbb as we siblings grew older, mama ngn abah dah jarang tunjuk kasih sayang. So segan nak peluk2 cium like others do. Kang tak pasal2 kene sound buang tebiat ke ape aku nih nak feeling2!

Banyak weh pengorbanan bila dah menjadi ibu bapa ni..Having kids is not easy as having a pets. They are human beings. Yang membezakan kita dgn anak adalah kita lebih dulu makan garam. So kita tau garam tu masin. Yang diorang tau ratah milo, nestum dan segala yang manis. Sebab tulah budak2 ni sweet je no matter how smelly they are..ngeh3~

TIDUR adalah contoh paling nyata - malam tidak akan sama seperti dahulu. Kecuali papa, tidur die selalunya nyenyak sebab die boleh ignore any light sounds. Tapi sebagai mak, kalau aku practice the same thing, alamatnye menangis tak berlagu la anak-anak aku mintak susu tengah2 malam. So aku sentiasa alert bila Delisya or Dafiya start merengek sebab nak susu / air di tengah malam yang hening. Kadang2 ada masanya Delisya mengigau bagai dirasuk, baru papa tolong tenangkan sampai die tertido balik. Biaselah, kids..sometimes aku pun lupa nak basuh kaki die sebelum tido..

MAKAN juga tergolong dalam kategori berkorban. Sebabnya aku ni memang gilakan jajan. Papa sampai dah malas nak penuhkan fridge tu dengan jajan sebab aku yang menghabiskan bukannya anak2. Kadang2 aku ni jahat gak gi habiskan separuh drpd cekelat yang Delisya makan..i know..pathetic right? But hey, tak bagus ok kanak2 makan cekelat banyak sgt, nanti rosak gigi! Pehtu bila die ajak ke Marrybrown, berulang-ulang kali, aku redha..bukan kerana nak jadi ibu yg menurut segala kehendak anak, tapi sebab die sangat happy bila di Marrybrown. She could play there all day long. Tak macam di Mekdi or Kepsi.. *tak guna betul mak die ajar anak makan fastfood kecik2 lagi* Again, berkorban dari segi uang dan citer korean di OneHD.

KEMALASAN. Dah jadi parents ni kene kikis lah sikit2 sifat tu. Aku dah berubah kini walaupun orang tak nampak. Tapi aku tak kisah yang penting papa sayangkan aku and tau aku ni isteri yang camne. What others think x penting bagi aku. Mak aku selalu bising aku tak masak. Tapi dia selalu datang tika rumah aku takde lauk. Aku ni pulak kalau memasak, cukup2 untuk makan 2x je. Papa tak suka aku masak banyak2 and end up simpan fridge. Nak makan makanan yang dipanaskan balik adalah sangat tidak menyelerakan. Delisya pulak jenis tak makan banyak. Sebab bila aku masak and panggil dia makan, memang aku sakit hati balik. Thats why bila dia baru rasa nak makan, aku dengan sepantas kilat masak.

Lagi satu, bawak anak2 ke klinik untuk normal checkup tiap2 bulan. Sumpah aku paling menyampah nak amik nombor, timbang berat bagai and sitting there watching her run around, penat hokey..But thats a price i have to pay for having a healthy kids. Nak ikut malas sangat kang senang pulak anak2 aku dijangkiti penyakit... Pendek kata macam-macam pe'el lah anak2 ni dalam nak membesar. Kalau aku nak senaraikan perangai dak Isya ni sampai esok tak sudah..being a mom jugak melatih aku utk lebih bersabar..dan bersabar...dan bersabar...

Kesimpulannya, aku terpaksa terima hakikat lah sekarang yang aku ni bukanlah muda remaja lagi. Sebab rasa diri ni tua sikitlah bile kengkawan aku dressed up like makcik or takpun cam pangkat akak2. Then kat klinik surrounded by people yang asyik bercerita sal anak masing2 instead of topic fashion, drama, guys, or celebs. Eyyyhhh...watdehel nak citer benda lain selain topik kekeluargaan kan?? Una..una..ko tu yang tak sedau diri lagi nih~

Minggu lepas amik Delisya kat nursery, si Afiq cakap kat aku "acik, isya amik lego kite.."

Terhenti nafas aku 2 saat bila die cakap camtu. Tapi cecepat aku gelak2 untuk cover. Sebenarnye aku cam takleh blah dipanggil ACIK pastu baru aku sedar, takkan die nak panggil aku AKAK?? wadefak kan?? So itulah..aku redha..hahahahaa bangang!

No comments:

Post a Comment