Sunday, November 10, 2013

Maafkan Mama, Delisya...

Allahuakbar..

Aku rasa bersalah sangat dengan Delisya pagi ni..aku ni mak yang jahat rasanya..Delisya dahla liat nak bangun pagi ni sebab tido lewat semalam. Aku pun mcm dah lambat nak gi kerja. Lepas breakfast & siap2 kan dia semua, aku bagi dia ubat selsema sebab hingus meleleh2 tapi dia main2. Cakap nak makan sendiri. 

Ok fine i let her sebab sebelum ni dia boleh picit syringe tu sendiri sampai habis ubat. This time dia picit masuk and ludah keluar balik dengan sengaja. Bukan sebab ubat tu tak sedap tapi main2. Habis kotor jubah taska dia yang aku baru ambil dari ampaian tu. Automatic aku naik temper and tampar chest kiri dia sambil cubit lengan die banyak kali sambil marah dia. Die buat kebil2 macam tak bersalah. Geram sangat aku sedut ubat tu lagi skali and grab dia sambil picit syringe tu masuk mulut dia. Aku rasa cengkaman aku kuat sangat dekat rahang dia, i dont know aku geram sangat2 dengan peel dia pagi ni. Menangis2 la dia meronta taknak makan ubat. Walaupun tak masuk habis sebab dia luah keluar balik tapi puas sikit hati aku mesti ada sisa2 ubat termasuk jugak dalam tekak dia mcmtu.

Masa tukar baju dia aku tengok merah kesan cubit and tampar tadi. Aku rasa bersalah sangat. Aku ni tak patut tangankan die. Cepat betul aku hilang sabar. Yelah dia ada lelah, selalu demam bila sakit. Sebagai mak aku kena bertegas la bg dia makan ubat. Takkan bila dia merengek taknak ubat je aku pun tak jadi bagi. There's no dicipline that way. Nanti dia lagi melarat aku jugak yang susah x cukup tidur and susah hati. Sebab tu jugak kesabaran aku tipis pagi td. 

Lemah je dia jalan masuk kereta after that. Lepas dah hidupkan enjin kereta aku tengok je air mata dia yang makin kering tu, aku rasa bersalah sangat sebab terlebih garang.....sebelum ni Delisya memang tak banyak masalah nak makan ubat. Kalau kena cara pujuk, dia sendiri yang makan. Kadang2 aku paksakan jugak janji dapat masuk sikit pun jadi la dalam tekak dia.

Then aku peluk dia sambil cakap aku betul2 mintak maaf sebab dah marah dia tadi. Aku macam nak menangis pun ada. Dia diam je buat tak tahu..Aku explain sebijik2 kenapa aku marah, kenapa dia kena makan ubat, kenapa itu ini. Dia mengangguk je tanda terima kemaafan aku i guess. Then mintak belikan kuih macam biasa so aku drop by kat gerai belikan dia bekal sarapan..

Lepas hantar dia kat Ustazah, dia masuk dalam tapi masa aku reverse kereta nak chow aku nampak dia berlari dari ruang tengah ke muka pintu semata2 nak lambai gudbye kat aku..Aku pun lambai la sebelum menghilang..Tapi aku sedih sangat ni..Betul2 sedih..

Kenapalah aku tak boleh control anger aku tadi..Kalau aku tau ade orang lain tangankan anak aku, mau aku serang balik. Tapi ni aku sendiri - Maknye- yang tangankan anak aku..Apelah jahat sangat diri aku pagi ni..Aku rasa tak patut aku cubit dia sampai merah kulit dia..

Maafkan mama Delisya..mama jahat..mama ni tak pandai jadi mak yang baik lagi...

Ya Allah ampuni aku kerana memarahi ahli syurga ni hari ni. Aku insan yang sentiasa melakukan kesilapan..
Mama sayang Delisya...nyawa mama..=,((

No comments:

Post a Comment