Wednesday, October 30, 2013

Taska yang tak berupa Taska sangat..

Assalamualaikum.


Lame betul tempoh malas aku nak berblog. Hari ni kena tulis jugak. Kalau tak nanti aku lupa ape yang berlaku dalam bulan 9/10 tahun ni which of course i will read it back in 20 years to come. Or at least my daughters akan baca..maybe.

Kan haritu aku ade cakap yang Taska Tahfiz Delisya tu macam tak bersih sikit. Maybe pada pandangan aku yang ala-ala perfectionist kononnye ni, benda tu adalah besar walhal dimata orang lain, small matter je kot. Tapi kalau dah melibatkan kesihatan anak aku, for sure la its a BIG matter!Hah ko..siap merahkan lagi font itu!

So last month masa nak pickup Delisya from Taska, aku cakap dgn Ustazah nak bincang sikit pasal Taska so die jemput duduk. I was with Eza iaitu kawan aku yang antar anak die jugak kat situ. Anak die ni umur 5 tahun, boy. Baru je elok dr gatal2 kat tangan mcm kudis tu. Garu2 sampai melecet kulit2. Aku suspect penyakit FHM (kaki,tangan dan mulut) so we thought for sure this thing berpunca dari Taska. Dengan marah sangat2 ni kami berdua decide nak bersemuka la dgn Ustazah tu. In the end only me do the talking and dia diam je. Hanya bersuara utk bertanya kat Ustazah apehal die bayar yuran anak die lebih RM50.00 drpd aku. ???!!  Im not gonna talk about this. If you have any queries, please drop a comment later.

Dipendekkan cerita, Ustazah ni memohon maafla sebab segala kekurangan ni berpunca drpd staff yang tak cukup. Kalau nak ikutkan hati memang aku boleh cakap 'THIS IS NOT MY PROBLEM, I PAY YOU SO I WANT THE BEST" tapi kalau ikut rationality aku pulak, aku cuba berfikiran matang and memahami situasi yang berlaku. Explaination nye berbunyi gini : -

Asalnye Ustazah ni mengajar Tahfiz kat Damansara, dijemput oleh Cikgu Sham (siah) utk join venture buka cawangan Taska Pra Tahfiz di Seremban. So they came with agreement and move in. Sebenarnya Ustazah ni pun ada masalah peribadi tu yang dia tak kisah berhijrah. Suami dia kahwin kali ke 3 tahun ni jugak and rumah madu dia kat Damansara tu jugak, thats why dia tak berapa selesa. Dia adalah bini no 2 fyi. After knowing dia dimadukan lagi, die membawa hati yang lara bersama anak kecil berusia 2 tahun ke Seremban..

Ok letak tepi. Sambung cerita tadi. Semuanya berjalan lancar pada bulan yang pertama hingga Cikgu Sham mula menunjukkan belang bilamana dia lepas tangan dan biar Ustazah uruskan hal2 berkaitan Taska seorang diri. Tapi modal sama2 dump in! Keuntungan dia amik kira tapi bila parents budak datang register, hal pindah rumah, beli barang2 Taska semuanya Ustazah uruskan, die menghilang tah kemana! Fine. At this point of time aku dengar pun dah bengkek je hati dgn Cikgu Sham ni tapi leh sabar lagi. 

Dipendekkan story, aku menyimpulkan die seorang diri yang mengajar, memasak, mandikan, mengemas, memang tak menang tangan lah. Dengan nak solat pun tak berani tinggalkan budak tanpa pengawasan kadang2. That explain lah why Delisya dijangkiti kutu, dapat athsma, and gatal2 badan haritu, its because of the lantai yang berlengas, dapur tak semenggah, tilam atas lantai takde tikar, budak2 bau hancing everything. Ok. Aku terima jawapan dia. Dalam hati berkata instead of just complaining, why didn't i do something? Ade ke makbapak yang fikir mcm aku ni? Kalau ade pun 2 out of 10 je i guess. Memang mcm gila pulak plan aku ni tapi aku betul2 takleh biar keadaan camni berterusan.

Minggu seterusnya aku amik offday sehari and bagitahu niat aku kat Ustazah, since she dont mind, aku relakan diriku menjadi cleaner for one day. Niat aku satu je. Nak bersihkan setiap penjuru rumah tu agar tiada lagi bau hancing or taik kucing, semak sawang, sampah, or whatever lah so that things will be easier for her. Lagipun kan dapat pahala kalau ikhlas. Bukan niat nak tunjuk bagus jauh sekali buat die malu atau terasa hati!


First thing first, aku pastikan Delisya belajar dulu. Tak dinafikan semua pelajar tak dapat concentrate sebab sibuk nak tengok ape aku buat kat sana. Kenapa aku ada kat sana. Kenapa aku buat benda yang aku buat etc. Memula aku sapu daun2 kering kat luar, sapu halaman, buang taik kucing yang berak merata. Agak2 dah puas hati, aku masuk dalam. Nak cuci toilet pulak. I guess she have cleaned it up earlier sebab mcm tak kotor sangat. Yang sedihnya ciri2 keselamatan yang sepatutnya ada pada setiap Taska tak dititikberatkan kat situ. Ni kalau aku buat report and pihak JKM dtg buat spotcheck, mau kena denda diorang nih.

Then masuk bahagian dapur pulak, sejujurnya aku sangat tak puas hati sebab kelengkapan dapur yang serba kekurangan malah kebersihan pun sangat poor. Rasenye banyak orang baca blog ni and if i tell it here aku rasa macam bukak aib orang lain pulak so lebih baik aku tak cerita in detail. Yang boleh aku simpulkan is that aku sangat tak boleh berdiri lama dalam dapur tu.

Lepas dah settle semua aku berangkat balik. Aku decide memang tak lama dah Delisya kat situ. Aku taknak anak aku dapat penyakit bukan2 satu hari nanti. Elok pulak few days later, sehari sebelum Aidiladha, aku taktau Taska cuti so aku macam biasa hantar Delisya kesana sebelum masuk kerja. No kids were there on that day tapi Ustazah cakap dia willing utk jaga since dia tak kemana2 on that day. Around 11am aku macam tak sedap hati and call mak aku tanya kalau2 dia keluar beli barang hari ni, boleh aku mintak tolong die pickup Delisya kat Taska and Alhamdulillah, dia willing.

Mak aku call balik lepas dah pickup Delisya after that, telling me die nampak Delisya tengah main dalam longkang dengan anak Ustazah tu dengan keadaan dua2 kotor belengas TANPA pakai kasut WHILE that Ustazah is inside the house doing her thing! 1st thing yang crossed my mind is "Mcmmana kalau org jahat datang and kidnap anak aku????" Takde jiran around, takde org dewasa yang blh jadi saksi! Just two of them playing outside the house! Memang sentap and baran sangat2 aku waktu tu tapi after a while aku dapat tenangkan fikiran sebab dah lega mak aku bawak die balik PD after that.

Since then aku dah tawar hati dengan Ustazah sebab dia tak pantau anak aku and biarkan Delisya main kotor. Aku dah tanya penjelasan dia tapi dia cakap dia tengah attend ada pasangan suami isteri dan berbincang soal kerja. Whatever she said tetap tak dapat nak pujuk hati aku yang dah bengang gile. So i decide nak keluarkan Delisya dari situ by end of October. Dah confirm dah ni. Siap bagitahu Ustzah lagi pasal tu.

Keluarlah drama swasta merayu2 mcm nak nanges die depan aku mintak jgnla tarik Delisya keluar sebab dia sayang Delisya la, budak bijak la, cepat tangkap hafalan, umpama aset pada Taska tulah. Aku tak nafikan, korang akan impress bile dengar sendiri Delisya baca weh. Aku tak dapat upload kat sini sebab dah transfer all videos dalam hardisk. Tapi for those yang ada FB boleh tengok video2 tu sebab aku set to public. Just look for "Asmanur Husna Zamberi".

So far these are the things yang die betul2 dah fasih:
- Surah Al Fatihah
- Surah Yaasin (beginning - Wa dhorobalana masalan as ha bal qoryati izjaa..)
- Surah An-Nas
- Lagu Erti Al Fatihah
- Lafaz Niat Solat Subuh beserta makna
- Doa Iftitah
- Anggota Badan dalam bahasa Arab beserta makna
- Haiwan dalam bahasa Arab beserta makna
- Mengeja Ayam, Bola, Cawan etc

Dont cha think all of the above are quite impressive for the 3 years old kid? Laju tau dia baca, bukan gagap2 punya level. Jujurlah wey, kalau anak korang macam Delisya, adekah korang sampai hati nak tarik die keluar dari situ after two months? Dari sini dah nampak yang Ustazah tu ikhlas mengajar, maybe die guna teknik 1 by 1 thats why budak boleh focus and tangkap. Tapi keburukannya pulak bila die mengajar, takdelah orang nak pantau aktiviti budak lain..

Penatlah nak cerita kat sini. Sudahnya aku tangguhkan dulu niat nak keluarkan die. Memangla kena bahan balik ngan makbapak aku and even papa cakap aku ni hati macam tisu la, pendirian tak tetap la apelah tapi sebab hal ni aku tak tidur semalaman bermonolog dan mintak petunjuk Allah apa jalan yang terbaik utk Delisya..Sebab ilmu yang dia dapat tu belum tentu lagi aku mampu bagi sebab siang sibuk cari rezeki, malam balik masak, dengan kerja rumah, jaga laki jaga anak, berapa kerap sgt yang aku boleh fokus ajar die mcm Ustazah ajar ni..So i decide takpelah biar dulu sebulan dua ni tgk macamana perkembangan tempat tu in the meantime aku follow up dengan JKM dr soal kebersihan tempat tu..

Hopefully by end of November 2013 akan ade improvement...Wallahualam..

2 comments: