Tuesday, July 23, 2013

Kuching Trip (10 - 21 June 2013)

Hey you. 

Assalamualaikum. Hari ni aku rasa nak bercerita pasal trip to Sarawak last month. Story nye agak panjang sebab 14 hari kat sana, taktau camne nak pendekkan jln cerita nye. Pikir punya pikir last2 niat tu tertangguh camtu je. Rugi la kan tak share pengalaman and few photos to readers. Mana tahu orang yg x pernah pegi sane or at least bercadang nak ke sana ada idea sikit ape keistimewaan Bumi Kenyalang tu ha..

First of all, aku bukan pilih tu sebagai destinasi percutian keluarga jauh sekali honeymoon. Papa outstation, kena jaga kursus BPK, bhgn printer, laptop, projector dsb. Makanya waktu kerja dia x byk. Dalam sejam setengah lepas breakfast kena ada dalam dewan. Then lepas lunch and lepas dinner. Selain dr waktu tu dia lepak dlm bilik hotel dgn weolls or kamek kua jalan2. *Ceh kamek terus!

DAY 1: Selasa
4.30 am abang aku hantar kami ke KLIA. Tunggu flight boarding jam 8.30am. Delisya memang pantang bila berada dalam kawasan yang lapang. Habis satu airport tu dia explore. Dafiya geram je tengok sebab x dpt join sekali.Sempat la kejap jumpa Makngah dia yg kerja kat booth Hersheys, Contact Pier. 






Dalam flight sambung tido sebab pagi tu bangun sebelum subuh kan. Makanan hari tu sedap betul. Licin kami makan. Bkn sebab lapar tapi selalunya makanan dlm flight sucks, tapi hari tu mmg enak. Roti putar with Chicken Curry, Nasi Lemak sambal udang, Hersheys, Honey Dew, Orange Juice for each of us. 
10.30am sampai sana amik cab Exora hantar terus ke Merdeka Palace Hotel. Saja call Bapak (bapak angkat kitorang yg kamik kenal since last year) after check in. His name is Ibrahim by the way. Die lah pioneer U.I.T.M which stands for Usahawan Ikan Terubuk Masin di Sarawak since 1989. Kemudian barulah ada peniaga2 ikan terubuk yang lain. Back to the topic, kalau tak dia susah2 nak dtg pickup bwk makan semua. Tak baik kan susahkan org. Tapi dia mmg camtu. Sangatlah baik sampai kite pun kadang2 segan nak mintak tolong dia apa2 sebab dia terlalu baik lah, hisshh xtau la nak cakap camne!




Lepas check in, kami tidur and rehat2 dalam bilik hotel while papa ke dewan setup apa patut. Petang tu tak keluar sebab hujan. Makan pun dlm bilik. Cukup la nasi goreng ayam for dinner. 







DAY 2: Rabu  
Kami kena switch room so pindah ke tingkat atas. The same room where we stayed last year. Breakfast, lunch and dinner semua makan dalam hotel so no problem with that. Pagi tu bapak picked us up at hotel and bawak breakfast kat Samudra Hotel. Weekend kami kena cari hotel bajet skit sebab mahal so tu yang bapak bawak kami cari hotel. His nephew is the Marketing Manager kat Samudra tu so he offered us RM100 per night. Tapi 2nd hotel which is D' Palma Inn offered RM75 per night and the room much more spacious so we chosed there.







Pukul 3.00pm kami ke Parkson, a new shopping mall sebelah hotel which is in front of Padang Merdeka. Baru je siap sebab last year still under construction. Malam me and kids x kemana sebab papa keluar dengan kawan2 dia.

DAY 3: Khamis
Still belum kemana2. Just bawak bebudak ni mandi swimming pool and play gym..





DAY 4: Jumaat
Lepas lunch kat Coffee House, we're ready to check out. Another anak angkat bapak, which is Kak Intan, yang tolong mengusahakan bisnes kek lapis bapak, her husband, picked us and our luggage pindah drpd Merdeka Palace ke D'Palma Inn. Distance about 10 minutes je pon. Semua arahan bapak sebab dia tak bagi kami naik cab. Mahal katanya! Sampai sana kami punggah barang and ontok2 atas katil. 






Malam kami jalan kaki dr hotel ke Kuching Waterfront. Penat sey apetah lagi dukung si debob tu, lenguh2 tangan. Naik bot penampang utk ke seberang, just to get a bowl of Mee Kolok, nasi goreng kampung and drinks. Tak dapat menjelajah ke Kek Lapis Dayang Salhah or Mira Kek Lapis Basah due to rain. Kang tak pasal2 anak dapat demam. Sempat menyinggah jap ke Parkson beli baju blouse sehelai yuhuu..










DAY 5: Sabtu
Its my BIRTHDAY!! Im 27 this year.. OMG cant believe that..still feel like im in the middle 22-25..seriously! Bukan takut tua tapi i love my teenage life..im enjoying every second of it like that was the best moment in my life tau..but we cant stay younger forever kan so aku terima hakikat itu..*sobs..sobs..

                                       

Pagi tu kawan papa, somebody higher jgk dlm KPM offered nak bawak kami jalan2 cari makan since he got nothing to do over weekend. Memang orang Sarawak ni baik2 sangat, very helpful, respect and layan tetamu tu 1st class tau. Memang dlm Islam pun ada cakap ttg memuliakan tetamu sebab pintu rezeki. Alhamdulillah sepanjang kami disana, kami berbesar hati sgt dgn layanan diorang. Kecuali sorg staff housekeeping hotel yg agak rude bila aku mintak iron byk kali. 

So die pick up kitorang depan hotel, bawak somewhere nearby Kubah Ria. Kan Pasar Satok dah demolished and dipindahkan ke pasar baru which is Kubah Ria. So aku lupa lah nama area tu. Tapi ramai orang. Kami makan mee kolok, satay, nasi beriani ayam for brunch. Semua dia belanja. Alhamdulillah.














Papa cakap nama dia En Awang. Tapi aku sembang ngn papa aku panggil Awang Bolen. dunno why..Suke hati jer aku. *Takde motip! Apepun time kasih for everything, he such a nice man..semoga Allah membalas budi baik tuan hamba..wah2..(gambar di snap oleh Isya)

Lepas makan, dia bawak kami pusing jalan2 ke Dewan Bandaraya Kuching tengok Muzium Kuching, Perkampungan asal nelayan, kampung2 asal Sarawak melalui Jalan Song, Petrajaya, Kpg Sungai Midim, Tupong Batu, Lintang, Boyan and much more lah, banyak sangat tempat dia tunjuk. Along the way dia bercerita ttg sejarah dan asal usul sesuatu tempat tu. Memang aku sangat impress dengan knowledge yg ada dlm otak dia wlpn usia dah lewat 40an tapi masih kacak lagi. *eheh gediks kau!

After that dalam pukul 2pm dia hantar balik hotel and kami ontok2 tidur dulu sebab malam bapak akan pick up bawak ke rumah dia ada jamuan sebab esok tu nak sambut kenduri cukur jambul cucu pertama dan tunang anak kedua dia.

Malam tu di rumah bapak, kami makan nasi berlaukkan kari ayam, sambal kicap, ikan terubuk masak steam limau (*sedap nak mampos), jagung, buah dabai, & air tembikai. Banyak sedara mara dan kawan2 anak2 dia time ni. Kami umpama org luar yg tiada hubung kait tp layanan dorg..macam dah lame kenal. Serius terharu dgn keramahan & kebaikan diorang. 



Ada session karaoke malam tu, bapak pun x melepaskan peluang test vocal. Hafiz AF tu anak buah dia, sayang pulak x jumpa. Kalau x tumpang glemer jap aku boleh brgambar dgn dia. Yang ada cuma parents Hafiz jelah, bapak dia sangat baik. Mak dia pun, cuma she's soo Keyyell..sembang ngn aku speaking aje..dia rasa aku Megan Fox kot ehehee.. yerr mesti korg rasa nak lempang aku kan. Ilek la der, aku syok sendiri je pon ~duhh~ 


DAY 6 : AHAD
Majlis pertunangan anak kedua bapak & akikah cucu sulung die.
Seawal 10am bapak dah jemput kami di hotel bawak ke rumahnya di Petrajaya. Sampai sana tetamu masih belum ramai so sementara papa tolong2 bapak uruskan ape patut, jadi penanggah, aku layan anak2 makan ice cream kat dalam. Rumah bapak taman teres biasa so bila tengahari agak panas la. Berpeluh2 Dafiya.











Sampai bilik hotel around 4pm terus flatted. Masing2 tido sampai maghrib. Malam kami makan KFC je sebab banyak kedai dah tutup.



DAY 7 : ISNIN
Kami masih di D'Palma. Supposed check out and pindah ke Regency Rajah Court tapi bilik tu sangat selesa sebab dia besar. Anak2 aku pun happy main dalam tu. Aku pun senang basuh baju sebab tingkap dia direct sunlight, cepat baju kering tapi apakan daya, susah pulak papa nak ulang2 alik ke dewan.

Pagi tu bapak hantar kereta dia utk kami guna sebelum dia ke pasar utk berniaga. Then kami ke City One Shopping Mall, and The Spring beli barang sikit sebelum balik. Penatlah. 












DAY 8: SELASA
Full day kami berkurung dalam bilik mandi, makan, tido, main, tgk TV while papa kerja.Malam papa bawak pindah ke Regency jugak walaupun dah bayar utk satu malam lagi kat D'Palma. So burn camtu jelah.

Bapak dtg dengan Mak pick up kamik dr D'Palma ke Regency di Pending. Sampai2 kat sana papa rushed ke dewan meeting and tinggalkan kami terkontang kanting di bilik. Lalu bapak soh bawak kunci and kidnap aku & bebudak ni gi lepak minum kat After 4 Cafe. Along the way there, bapak sekali lagi bawak jalan2 sekitar Kampung kelahiran dia nearby Padang Merdeka tu. Dia ceritala asal usul keluarga dia, mana die sekolah dulu, camna kenal ngn mak, everything..Zzzz... 

Sampai di After 4 kami order french toast, bread with milo toss, and butter honey bread sambil sembang2 about life. Bapak meluahkan sikit2 hal keluarga dia jugaklah. Dia tak anggap aku ni org luar pun. Cara dia bercerita seolah2 aku ni anak kandung dia sendiri. Usianya sebaya abah and so does mak yang sebaya mama aku. Memang aku terharu dgn budi baik diorang..

DAY 9: RABU
Lepas lunch di Coffee House, papa bawak keluar jln2 lagi. Kami ke Damai Beach, Kampung Budaya tapi tak masuk pun sebab mcm x berbaloi je RM60 per pax dengan panasnye lg. Kalau masa tu Rainforest World Music Festival tgh ada, mesti papa masuk punya tu, confirm!





















Malam kami ke Kuching Waterfront lg skali. Kali ni bawak 2 org urusetia kursus sekali sebab diorang nak beli kek lapis utk balik. Tumpang la kan dah alang2 ada kereta nak bawak jenjalan..

DAY 10: KHAMIS
Bapak bawak kami ke Bako, tapi sekadar di jeti jer sebab tambang ke Tmn Negara Bako leh tahan gak mahal. Perjalanan amik masa 1 jam camtu and we're not here for that. So kami ke Pasar Segar and perkampungan nelayan where the fresh fish dibawak naik dr bot sebelum dihantar ke pasar. Ya Allah sewel aku tengok ikan2 kat sini. Murah sangat2. Ralatnya semua gambar drpd hari ke 10 ni sampai balik Semenanjung hilang sebab virus telah menjangkiti memory card aku. *Sedih gile!!

Malam bapak ask us to meet him at After 4. Dia bawak 1 family dia sebab nak bawak kitorang makan Western kat Sharing Planet. Man..it was awesome, selama aku makan western food kat mana2, tak pernah lagi dpt mkn yg portion dia sangat banyak and at the same time murah! Gile nak muntah balik sebab kekenyangan. Kami sempat jugak share2 utk amik rasa menu lain. 









Yeap..ni semua anak2 bapak..beside me is Mak.
Lepas makan kami ke Kuching Waterfront tengok ade satu port tu tempat jual2 mainan yg lastik ada lampu lip lap tah amende name eh, ade motor and kereta mainan batery utk budak. Habis semua Delisya conquer, bapaklah manjakan sangat dia! Then lepak sambil dengar alunan irama rainforest practiced by some people yang maybe ade took part in that festival coming. Best sangat lepak dengan anak2 bapak. It reminds me of my zaman 'gedik' in earlier 20 where we used to usha2 guys, sampai diorang tersipu2 malu...ahaks! They are just so nice. Walaupun adik beradik tapi orang mesti ingat they are group of friends. Before we're heading back, sempat la peluk cium semua sebab esok dah nak berangkat balik.

DAY 11 : JUMAAT
After had our breakfat, bawak bebudak ni mandi swimming pool sekali lagi sebab dah nak check out. Then kemas2 brg and leave the hotel at 1pm sharp.








We straight went to airport, check in our luggage everything. Then ke Kem Askar Penrison rumah Kak Intan sebab dia dah masakkan lauk tengahari utk kami sebelum kami naik flight. Thank you akak. Sedap sangat.

Sedih x dpt jumpa bapak for the last time sebab dia sangat sibuk and x dapat jumpa kami di airport. However, dia suruh mak jadi wakil jumpa kami di airport. Susah2 je dtg..Terharu kami dengan layanan baik diorang sepanjang kami disana. Semoga Allah membalas budi baik kalian sepanjang hidup..

Thats all for our journey in Sarawak for the year of 2013. Ada rezeki thn dpn jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment