Pemalasnye aku ni..selalu buat blog ni mcm tempat persinggahan. Datang dan pergi sesuka hati jek! Hari2 otak aku ligat memikirkan perkara2 seharian dan aku selalu membebel sorang2. Lepas tu niat sampai opis je, aku nak update blog meluahkan semua yang terbuku. Pastu first thing aku bukak is Facebook and blogwalking, then surfing tah amende, then buat keje. Sudahnya aku tak bukak pun blog aku sendiri.. brengset kamu nih!
Macam masa aku kat Sarawak itu hari. 2 minggu aku kat sana punyalah banyak gambar aku nak masukkan dlm blog n buat karangan. Last2 jadi hampas je...mane semua tu? Haraamm..
Sebenarnya aku ade diary dalam Tab aku. So bila tunggu mata nak lelap time tido tu aku selalu compress kan ape yang berlaku seharian dlm diary tu. Mungkin sbb tu jugak lah aku mencampak kau ketepi blogspot! Tapi aku tidak berniat mcm tu..so sorry..*pehal aku nak sory mory the morning glory bagai? Bangang.
Anyway pagi tadi aku dahla masuk lambat. Alasan aku kat boss semalam lepak sembang ngan kengkawan sampai tido lambat lalu mata takleh bukak pagi ni sehingga anak melalak kuat2 baru tersedar. *Tipu je* Tapi die percaya. Yang sebenarnye aku dah bangun awal, tapi ontok2 sebelah anak2 sambil tido cium peluk dorang..bagaikan dunia ini kuyangpunya. Saje melambatkan masa. Dulu sblm ada anak, papa jadi mangsa teettt #&*^$~
Dipendekkan cerite, sesampainya aku di opis boss aku tengah buat kerja. Dengan selambanya bagai tiada perasaan aku bukak topik pasal beli rumah seolah2 tak bersalah. Tapi bos aku layan siap recommend rumah cina depan rumah dia tu nak jual dengan harga less than 200k. Rumah tu dah siap renovated semua ats bawah luar dalam. Cuci kaki je masuk katanya. So aku dah tanya macam2 and aku rase tergedik2 macam nak!!
Padahal semalam sembang ngan papa pasal rumah yang tengah naik kat Bdr Sri Sendayan tu. Yelah 1st hand la kirenye. Tapi since boss aku ni cakap cina tu tak bela anjing. 2nd die dah renovate cun2 dah,memang nampak class ko jah, 3rd die pasang siap aircond. Rumah aku yg skrg ni owner aku tak bagi pasang sebab syg dinding die nak kena tebuk. Aku cam x puas hati jgk tapi die yang berkuasa kan so what can i say! 4th slh satu blk tidur die dah ada katil jepun tu. Just letak tilam je.. cool..i always wanted to have that bed installed in my room..dapur belakang pun dah tambah ruang bagi luas. Pendek kata semua dah perfect lah. Tak payah susah2 nak tambah ape2 lagi. Tak sabar nak lalu situ balik kang and discuss ngan papa.
Ok aku nak gi lunch jap ngan papa. Lusa dah puasa..Harap2 dapat la penuh tahun ni..mmmm =P
No comments:
Post a Comment