Sunday, March 3, 2013

Susu Pekat Manis vs Susu Cair Tawar

Assalamualaikum.

Agak lama jugak aku tak update blog. Kemalasan yang melampaui batas telah menghantui diri ini dua tiga menjak ni.But today i have figured out something which i would love to share to those mummy who breastfeed their child. Sebabnye aku selalu mengalami situasi ni and disebabkan kurangnya pengetahuan, aku selalu berdiam diri idan redho ajer..but now i know, its time to change. 

My problem is - “Kenapa bila saya lewat pam, susu yang keluar cair je?”


 Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Jom saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..

Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.

Apabila breast mula mengosong (ada ke perkataan ni??), butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan.

* Credit to this blogger, Liza Ahmad for the info. I love reading your blog by the way ^_^

No comments:

Post a Comment