Wednesday, August 6, 2014

Ramadhan 1435H (29 June - 27 Julai 2014)

Berhabuk bersawang gile blog aku kali ni. Tapi x pelik lah sebab biase sangat bila ownernya jenis pemalas and ikut mood je nak update blog kan. So today nak cerita pasal sebulan punya story sepanjang Ramadhan 2014 ni lah, so that in future i wont forget whatever happen during this holy month of Ramadhan yang penuh barakah ni..

Sepanjang bulan ni kan, i realize papa dah berubah sikit..for better of course. Die puasa cukup, tak macam tahun lepas, ade jugak skip2 hari. Then sembahyang cukup 5 waktu sehari semalam. Terawih pun tak missed lagi cuma ade sehari tu je teman aku and kengkawan iftar kat Steamboat @ Rahang. Penat camne sekalipun die akan gagah jugak pegi surau utk terawih. Actually kan, memang la tak pelik bagi korang tapi ianya satu benda yang aku proud la jugak kan sebab since aku kenal papa sebelum kawin, until now, dah nak masuk 5 thn of marriage, baru sekarang aku nampak perubahan ni..selama ni buat tak buat..pastu mcm hangat2 taik ayam je..bila aku tanya dia cakap tak guna la puasa kalau x sembahyang..so aku assume die mmg dah ada niat kot nak berubah, cuma tunggu seru maybe..and now Ramadhan adalah peluang terbaik kot untuk dia mulakan..

Kalau mcmtu, Alhamdulillah la..termakbul jugak doa2 aku selama ni untuk dia jadi suami yang soleh. Cumanya dia buat amal ibadat semua tu, belum pernah lagi dia tegur aku tak puasa ke, x sembahyang ke, ajak ke surau sekali ke..aku pun taknakla pikir negatif, cuma husnuzon..maybe dia taknak aku renyah2 nak kawal anak2 kalau aku ke surau sekali, then sebab aku mengandung 6 bulan, die tak larat nak dengar keluh kesah aku kalau terlalu lapar ke ape..after all, maybe dia nak betulkan diri dia sendiri dulu lah sebelum guide aku and anak2 in future..hopefully..

Alhamdulillah semuanya nikmat Allah..Aku bersyukur ape adenya..memangla kadang2 hidup ni sentiasa nak yang lebih tapi aku selalu ingatkan diri aku untuk bersyukur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Soal kemewahan, memang kitorang sekeluarga tak mewah,tapi sederhana. Kereta pun tak pernah bertukar lagi drpd mula kawen..Tapi Alhamdulillah walaupun dah lama pakai, kereta tu tak pernah meragam teruk2 or sentiasa menyusahkan kitorang pun..Adalah kadang2 rosak sparepart tu, tukar ini, tukar itu tapi it never ask us to repair more than 1k..Cuma hari tu kami tukar bumbung and cat lain to have a fresh look. Tu pun x lebih dari 2.5k..Kereta yang jarang rosak pun nikmat Allah beri jugak..So by that kami tak risau asyik kena keluar duit je repair sana sini..Alhamdulilllah..Sekurang2nya kami boleh berlindung hujan panas bila nak kemana-mana anak beranak, drpd terpaksa heret anak naik motor berhimpit2 & membahayakan nyawa kat jln raya.. Paling penting, kereta tu bebas hutang. Just need to renew roadtax insurance je every year..Tu pun masih dalam kemampuan kami..Syukur Alhamdulillah..

Soal anak-anak pun satu lagi anugerah dan nikmat Allah yang aku tak nafikan, sangat2 bernilai dlm hidup ni. Sebabnya, aku tau aku ni byk buat dosa, bukan orang yang sempurna so bila Allah kurniakan aku sesuatu yang lebih baik dr apa yang aku jangkakan, aku rasa layakkah aku nak terima semua ni? Allah Maha Pemurah. Lagi kita mintak, lagi banyak dia beri. As im typing, aku rasa sebak sbb Allah dah bagi aku sesuatu yang susah aku nak gambarkan dgn kata2. Dia yang Teragung, Allahuakbar..terima kasih Ya Allah sebab mengurniakan aku anak2 yang solehah, yang comel2, yang mendengar kata, yang baik akhlak, yang mudah dibentuk, yang menyenangkan hati aku, yang bijak dan peramah dll lagi..Bukan nak membangga diri..hanya mensyukuri kurniaan Allah..

Kadang2 kita jangan pikir rezeki tu datang dalam bentuk duit je..keluarga yang harmoni, takde musuh, bebas hutang dsb pun bentuk rezeki jugak..



No comments:

Post a Comment