Showing posts with label 1st Daughter - Delisya Az Zahra. Show all posts
Showing posts with label 1st Daughter - Delisya Az Zahra. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Delisya's birthday preparation

Ok seminggu je lagi sebelum hari jadi Delisya ke-4 jatuh pada Ahad ni (24hb Ogos) 2014. Macam biasa lah tiap-tiap tahun kena sambut..Memangla tak wajib pun tapi saje setahun sekali bagi die happy2 dengan kawan2 taska, feeling2 princess gitu dpt mkn ramai2, dpt hadiah..

So tahun ni punye birthday die request theme Sofia The First. Kemain lagi dh pandai request anak mama ni. Yela masa setahun, aku belikan kek bentuk Angry Bird, 2 tahun kek Blueberry Cheese, 3 tahun kek bentuk Minion..so yang ke 4 ni kek Princess Sofia pulak. Layan kan jela..setahun sekali kan.. Ni contoh kek yang aku dh tempah utk birthday die nanti..berat 800gram, chocolate butter cake with edible image & fresh cream topping. Baru RM50.00. Oklah kan utk budak2 20 orang makan..


Tapi part edible image tu aku request gambar lain siap print nama die terus..tak payah susah2 nak tulis atas kek lagi..kek pun aku mintak die buatkan petak instead of bulat tadaaa~

Sape punye birthday ni? Macam mak die pulak yang 'over' kannn??


Same goes to the banner, hari tu aku cari2 kat kedai takde pulak yang tema purple so i decided utk buat sendiri jelah guna pembalut hadiah. Biaselah, mama kan pakar DIY ahakss~


And here's the result!


Boleylah cincai2...
Stiker utk goodie bag budak2..





Topi, eye mask, belon, whistles, jajans sume dah ready dh.tinggal nak pack and seal je..

To be cont..





Thursday, May 15, 2014

Meaning of Appreciation

Today is teachers day. I had lots of friends on Facebook yang bergelar guru so i just wish them online je. But then as i was thinking who else yang aku belum wish, suddenly pop up Ustazah Delisya. Dia pun guru jugak kan? Sebab dia ajar Isya mengaji...

Ok then aku blank for a while. I dont mind nak jumpa dia just to wish Selamat Hari Guru and give some cakes or goodies tapi nanti camne if dia tanya kenapa dah tak hantar Delisya kesini or things like that? Mesti aku jadi blur nak bagi jawapan sebaik mungkin etc. Takkan setakat drop off nak hantar gift then blah kan? Mesti ade sembang2 sikit at least kat pagar..So i feel awkward...

Tapi aku still rasa appreciation tu perlu..Sebab kalau Delisya x mengaji kat dia dulu tak mungkin Delisya cerdik and celik hafazan sebab aku sendiri pun belum tentu boleh ajar Delisya sebaik tu. Despite of things yang aku tak suka kat Taska Tahfiz tu i still have thoughts yang seorang 'Tok Guru' tu harus dihormati dan tidak dilupakan..

Ok i'll figure out something kejap lagi and try to meet her this evening..

Last week kitorang jenjalan kat IOI Mall Puchong sempena Mothers Day. We had lunch at Little Pantry. It was such a lovely place ala2 Lovely Lace punya shop gitu. Lupa amik few photos. The food was okay jer but the environment satisfying. Then Delisya request baju and kasut princess. Suppose mak nye lah dapat shopping kan sebab nak celebrate Mothers Day tapi hari tu Delisya paling banyak dapat gift. Semua dia nak semua dia dapat..Adik je x dapek ape sebab taktau meminta lagi ekekeee...

Dia dapat gown dress ala2 Frozen warna soft blue and kasut tinggi warna pink from Barbie boutique. Habis hati lah dapat tu. Balik rumah terus pakai menari2. Crown je takde sebab dia tak minat crown yang dijual kat kedai costume tu. Taktau crown camne yang die nak. I guess i have to make it on my own lah. Mamanya kan kreatif bab2 DIY ni hahaa..tengok contoh kat You Tube kang balik siapp..this is how its gonna be.


Easy peasy bebeh. You can get all the stuff from Popular Bookstores or DIY Store dalam Tesco S2 ni ha..

Hope she'll like it. Kadang2 hasil kerja kite tu memangla tak perfect macam yang dijual kat kedai tapi ia dibuat gigih dari tangan ibunye yang penuh kasih sayang haaa ko hado?? Dari Delisya kecik dulu aku pernah jahitkan black dress untuk dia, soft toys and now a huge dollhouse. Tapi it still in progress so i'll talk about it soon in new entry. Mungkin bila dia dah besar nanti dia akan appreciate my effort. Bukan tak mampu beli tapi i think i can make my own so why not aku guna kelebihan yang ada kan...

Dulu mase aku kekecik aku sama macam Delisya. She's totally my reflection of how i look like when i was kid. Suka makeup sebab hari2 tengok mama makeup before go to work, suka pakai gown and heels feeling2 princess, suka orang ikut cakap sebab budget perfectionist, benda kecik pun jadi hal. Annoying kan hahaa..

But that time when i was small, i grew up with no girls around coz im the only daughter in family. Jarang jugak dapat perhatian and toys sebab mama abah sibuk kerja. Thats why bila Delisya membesar and act like me masa kecik2, aku cuba layankan and fulfill anything she want as long as tak melampaui batas. Last year before aku ajar dia main real toys, dia ketagih main game kat Tab aku jugak. I dont know why i install those game and keep her entertain by that. Tak lame pastu aku sedar i shouldnt do that so i uninstall everything. Lama2 dia pun bosan pegang tab sebab nothing much she can see except gallery photo yang ada video dia dengan Dafiya. Today bagi tab kat dia pun dia dah tak hingin. Alhamdulillah..it works. Kita yang mencorakkan dia right?

Sunday, March 30, 2014

Islamik tapi pengotor..what do you call that?

Hi..Assalamualaikum!

Nak tulis blog pun kena ada mood. So here I am, lepas mengabaikan blog ni dekat sebulan, baru ada topic nak cerita sikit. 

Ok nak mula dulu dgn isu TASKA PRA TAHFIZ Delisya yang x berkesudahan nih. For those yang selalu follow kisah Taska dlm blog aku ni, mesti korang tertanya-tanya kan, apsal aku masih lagi hantar anak kat sana walaupun asyik komplen byk kekurangan tempat tu..

Aku taktaula apsal setiap kali kitorang nak quit Isya dari sane, kitorang akan batalkan balik niat tu by the time we walked out from that Taska. Macam Ustazah tu ade amik course Psychology utk pujuk kitorang kekalkan Delisya kat sana. Seriously! She's like an asset to her sebab Delisya lah die dapat tarik more and more students masuk belajar sana. Ok tapi aku cuba utk tepiskan negative part and fokus on benefit that Delisya get specially bila dia mampu hafal ayat2 Quran dgn baik. Thats the reason yang buat aku selalu lemah and hilang pendirian.

Now, masa pick up diorang petang minggu lepas, si Zehan yang mengasuh diorang ni bgtaula, tengahari tu mase laki dia pergi jemput Isya balik dari Tahfiz, he saw something yang x best. Dia x reti nak bagitau aku directly so die cerita kat Zehan and Zehan la bagitahu aku bg pihak laki die. Dia cakap masa tunggu Delisya amik beg and keluar tu, dia nampak anak perempuan Ustazah tu dgn jubah seteng dia main2 kat halaman luar. Tetiba elok je budak tu cangkung right where she stood earlier and PEE!..Lepas dh pee tu selambe je turunkan kain and lari2 balik like nothing happened. And there the spot of urine kat tengah2 laman atas simen. Nobody sees kecuali suami Zehan tu. So sape je yang tau air tu adalah air kencing budak? Other kids for sure akan terpijak if they run around to play kan? Same goes to anak Ustazah yang tadinye kencing ni terus berjalan around the house sblm masuk dalam rumah. Can u imagine??That was digusting kan? The rest korang pikir la sendiri. 

Aku bagitau papa hal ni tapi dia diam je like taktau nak cakap apa. You see, every time this happened, aku selalu dh tekad taknak hantar die lagi kat tempat tu tapi aku macam kena pukau setiap kali bercakap ngn Ustazah tu. I believe parents yang lain pun dah stop hantar anak2 diorang kat situ sebab masalah yang sama mcm aku kot. cuma aku je yang mcm bodoh lagi rasanya..

Right now dia stay rumah Zehan je dengan adik full day. Alasan aku bagi Ustazah is Delisya lelah balik and ada kat kampung dijaga maktok die. Until i dont know when..Mujur aku belum bayar yuran penuh untuk 2014 ni lagi so kalau quit today pun tak rugi ape2. Yang dah bayar cuma yuran bulanan utk Jan, Feb& Mac je..

Please people...if you have any advise or suggestion nak share ngn aku, aku alu-alukan sangat komen or pm inbox FB aku..mane la tau sikit sebanyak boleh selesaikan kerunsingan aku skrg ni..

Sunday, November 10, 2013

Maafkan Mama, Delisya...

Allahuakbar..

Aku rasa bersalah sangat dengan Delisya pagi ni..aku ni mak yang jahat rasanya..Delisya dahla liat nak bangun pagi ni sebab tido lewat semalam. Aku pun mcm dah lambat nak gi kerja. Lepas breakfast & siap2 kan dia semua, aku bagi dia ubat selsema sebab hingus meleleh2 tapi dia main2. Cakap nak makan sendiri. 

Ok fine i let her sebab sebelum ni dia boleh picit syringe tu sendiri sampai habis ubat. This time dia picit masuk and ludah keluar balik dengan sengaja. Bukan sebab ubat tu tak sedap tapi main2. Habis kotor jubah taska dia yang aku baru ambil dari ampaian tu. Automatic aku naik temper and tampar chest kiri dia sambil cubit lengan die banyak kali sambil marah dia. Die buat kebil2 macam tak bersalah. Geram sangat aku sedut ubat tu lagi skali and grab dia sambil picit syringe tu masuk mulut dia. Aku rasa cengkaman aku kuat sangat dekat rahang dia, i dont know aku geram sangat2 dengan peel dia pagi ni. Menangis2 la dia meronta taknak makan ubat. Walaupun tak masuk habis sebab dia luah keluar balik tapi puas sikit hati aku mesti ada sisa2 ubat termasuk jugak dalam tekak dia mcmtu.

Masa tukar baju dia aku tengok merah kesan cubit and tampar tadi. Aku rasa bersalah sangat. Aku ni tak patut tangankan die. Cepat betul aku hilang sabar. Yelah dia ada lelah, selalu demam bila sakit. Sebagai mak aku kena bertegas la bg dia makan ubat. Takkan bila dia merengek taknak ubat je aku pun tak jadi bagi. There's no dicipline that way. Nanti dia lagi melarat aku jugak yang susah x cukup tidur and susah hati. Sebab tu jugak kesabaran aku tipis pagi td. 

Lemah je dia jalan masuk kereta after that. Lepas dah hidupkan enjin kereta aku tengok je air mata dia yang makin kering tu, aku rasa bersalah sangat sebab terlebih garang.....sebelum ni Delisya memang tak banyak masalah nak makan ubat. Kalau kena cara pujuk, dia sendiri yang makan. Kadang2 aku paksakan jugak janji dapat masuk sikit pun jadi la dalam tekak dia.

Then aku peluk dia sambil cakap aku betul2 mintak maaf sebab dah marah dia tadi. Aku macam nak menangis pun ada. Dia diam je buat tak tahu..Aku explain sebijik2 kenapa aku marah, kenapa dia kena makan ubat, kenapa itu ini. Dia mengangguk je tanda terima kemaafan aku i guess. Then mintak belikan kuih macam biasa so aku drop by kat gerai belikan dia bekal sarapan..

Lepas hantar dia kat Ustazah, dia masuk dalam tapi masa aku reverse kereta nak chow aku nampak dia berlari dari ruang tengah ke muka pintu semata2 nak lambai gudbye kat aku..Aku pun lambai la sebelum menghilang..Tapi aku sedih sangat ni..Betul2 sedih..

Kenapalah aku tak boleh control anger aku tadi..Kalau aku tau ade orang lain tangankan anak aku, mau aku serang balik. Tapi ni aku sendiri - Maknye- yang tangankan anak aku..Apelah jahat sangat diri aku pagi ni..Aku rasa tak patut aku cubit dia sampai merah kulit dia..

Maafkan mama Delisya..mama jahat..mama ni tak pandai jadi mak yang baik lagi...

Ya Allah ampuni aku kerana memarahi ahli syurga ni hari ni. Aku insan yang sentiasa melakukan kesilapan..
Mama sayang Delisya...nyawa mama..=,((

Wednesday, September 4, 2013

Delisya's Progress in Taska Tahfiz - Week 2

Assalamualaikum.

It's been a while i didn't update my blog. Been busy with kids (as usual), work, house chores and whatnot. This month saya agak lembab sikit buat kerja sebab dah masuk bulan baru pun, belum siap kerja yg last month punya. Mana taknye, sambil kerja sambil bersosial...Haishh i really need some motivation right now.

Anyway i'm gonna touch a little bit about Delisya's progress in her new school (Taska Tahfiz Roudhotul Jannah). 2 minggu dah berlalu and i can see she's happy there. Alhamdullillah everything goes well and i got nothing to be worried except about hygiene matter. I feel bad for saying this but the Ustazah's daughter (2 yo) mcm a bit selekeh from head to toe. Mcm tak mandi all the time sebab rambut dia yg bad haircut (mybe ptg sendiri, tak g saloon) tu quite messy. Pakaian pulak mcm agak 80's sebab i didn't find any clothes mcm tu dah nowadays. Ok i know i am sooo bad!! But its not the issue here. Yang merisaukan saya adalah kalau anak dia sendiri mcm messy, mcmane dia urus anak kite??

I tried to think positive. Before this, Delisya tak pernah ada masalah kencing dalam seluar coz she will tell me all the time kalau nak kencing kat toilet. Since dia masuk situ, dalam 5 hari sekolah, 2 hari je pakai jubah. Lagi 3 hari pakai baju kurung biasa sebab jubah basuh. Why basuh? Kena air kencing-hancing!

When i asked her nicely why did that happened, dia cakap Ustazah tutup pintu blk air so dia tak biasa and pee on her pants. Its ok i understand usia mcm dia masih dalam proses utk memahami situasi. Mungkin mmg Ustazah tutup pintu toilet for security purpose. But i believe Delisya is not a girl yang afraid of asking something...so i told her what she should do and warned her next time i'll rotan her if she pee on her jubah again. I guess she can understand that sebab that thing no more happen. ^_^

I also think mungkin jugak Delisya terkencing masa tengah tidur tengahari since she didn't use any diapers anymore. If that happened, they will still using the same toto for the kids to sleep! Yes isnya najis ringan tapi i believe diorang cuma renjis air and jemur but it wont go away! Omg my girl is sleeping on that toto.......i really need to get a special toto just for her this weekend. I hope Ustazah tak kecil hati..

Enough with that. Bab makan pulak, as far as i can see, bila ditanya Delisya cakap dia makan nasi, sup ayam, ikan masin, telur and kadang2 lain menu. Its ok coz that is mucchhhhh better dari Taska sebelum ni yang hari2 jamu nasi putih dengan kicap. I dont know if it's true or not but seriously i dont want to think about it too much coz it'll drive me insane. That's why lepas je balik kerja 1st thing i know is to fed them with anything janji kenyang. Even morning before to work pun i'll make sure they eat something before send them to nursery.

Delisya also dah pandai disiplin. Contoh paling mudah bab bangun pagi. Sebelum ni masa hantar ke Taska pun mata masih pejam. Since kena mandi pagi dan masuk sekolah pukul 8 ni i tried to trained her well and Alhamdulillah, belum ada problem lagi pagi2 except soal berus gigi. Datang mood dia taknak gosok gigi, memang menguji kesabaran sketlah. Cuma tricknya disini is we have to be patient and treat her like a queen....hmm baru takkan ada masalah. U knw what i mean - gelak2 dgn dia, buat lawak bodoh, lemah lembut, puji memuji and all that..confirm dia will be in a good mood and ceria masuk sekolah. Thats the parenting tidbits that i've learned thru reading also. You dont need to marah2, rotan or ugut, heret dia kasar2 and all sebab it worsen the situation later and the kid will not be happy with the surrounding.

Apart from that i think everything is well. Dia pun boleh pick up apa yang diajar sebab Ustazah tu cakap suara dia paling kuat dan petah. Im so proud of her, Alhamdulillah. We'll see how it goes another months from now..=)

Wednesday, August 21, 2013

Delisya's 3rd Birthday

Hari lahir anak sulung saya, Delisya Az Zahra sepatutnya jatuh pada 24hb Ogos, Sabtu ini. Tapi disebabkan hari Sabtu bukan hari ke Taska maka saya menganjak majlis hari jadinya disambut sedikit awal iaitu pada Selasa, 20hb Ogos 2013 yakni semalam. Memandangkan minggu depan Delisya akan mula masuk ke Taska Pra Tahfiz, let her having fun with all of her friends dekat Taska ni dulu. 

So im off from the office at 2pm heading to D.I.Y Tesco untuk membeli party pack serta makanan. Kemudian terus balik rumah goreng hot dog dan potato wedges. At 3.30pm saya bawak kek dan segala makanan ke Taska. 

Sampai kat sana, Delisya tengah tidur bergelimpangan with other kids while Dafiya kat ruang tengah playing with other baby's bottle. I put all the stuff on the table and dia macam terkebil2 pandang as if she was thinking "ni macam mama je".."mcm tak percaya je"..."eh mama la, but what is she doing here??" 

After 3 minutes of staring baru dia gelojoh merangkak-rangkak mintak didukung. Hahaha kids..sangat adorable! Out of nowhere comes la si Birthday Girl yang tadinya tido terbungkang terus peluk mama macam dah setahun tak jumpa. Happy la tu mama datang Taska..macam perasaan kite masa sekolah dulu, waktu makbapak dtg sekolah amik report card! Eksyen kemain depan kawan-kawan..macam dia sorang je ada parents!

So the nanny and me prepared the food on the table while others datang berkerumun berebut topi dan belon. After singing, we asked her to blow the candle. Gelojoh sangat, sampai api tu ter'touch' sikit bulu mata ke anak rambut die sampai tak jadi tiup. Hahaa lesson *tu bukan ajaran dalam Islam sebenarnya main tiup lilin nih!*

I cut sliced by sliced and semua orang dapat. The cake was yummy and worth buying. Just RM40.00 and everyone's happy. 




Cant believe dia dah 3 tahun coz i still feel like she's still a baby..a 7 months baby yang baru merangkak and learn to walk..exploring surroundings. She love to ask this and that..

I still remember when she was 11 months, baru lepas mandi. Papa was making coffee in the kitchen while boiling water at the HALL! No one realize when Delisya walks out from the bedroom and tarik wire kettle and in a blink of an eye air panas menggelegak tu jatuh atas kaki dia. Habis tumpah on the floor. Panicking attacked.

Terjerit jugaklah tengok insiden tu and i quickly dukung dia dalam towel trying to calm her down. God knows how angry i am dengan papa masa tu but theres no use in fighting masa Delisya tengah sakit tu. Then baru teringat nak call my parents before they came and bring us to the hospital.

I've blogged about Delisya at 2 years old   last year and now she's 3. Alhamdulillah so far percakapan dia sangat lancar cuma we talk more on Malay so dia belum fasih speaking sangat la macam org keyell. She understand instruction well apatah lagi semenjak dah jadi 'big sister', she helps me managing her sister yang comel bangat tu! Jealousies was never inside her. Dia sangat penyayang and lemah lembut just like her dad. and me (nak jugak).

Dia dh faham sesuatu perkara kalau kita explain in a good way. Kenapa kita tak boleh pergi ke satu tempat, kenapa tak boleh pakai macam tu, kenapa x boleh beli itu ini, kenapa kena buat itu ini, semua lah. Everything i explain she will nodd and say OOooo.. Dia sangat bijak.

So far dia dah hafal ABC, 1-12 in BM and BI, Doa Makan. Lagu-lagu takpayah cakap la. Sekali dua dengar je dah boleh hafal. I guess she have that ability from me. But thats not the thing i could be proud of to people. I always wanted her to be able utk hafal Al Quran atau surah instead of songs. Itu baru boleh dibanggakan kalau berjaya mendidik anak mengikut ajaran Rasulullah. In sha Allah..

Harapan mama cuma nak Delisya membesar jadi anak yang pintar, solehah dan berbudi bahasa..semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama dimana jua dan ketika..ameen..

Monday, August 5, 2013

Sekolah Pertama Delisya - Taska Pra Tahfiz Roudhatul Jannah

Oh new template and background? Jangan terkejut sangat ye, saje ubah selera sebab dah bosan tengok template lama. Baru semangat sikit nak update blog.

Sempena bulan Ramadhan 1434H ni, TV3 ada siarkan rancangan realiti Qari Junior pukul 6.30 petang. Bila hari-hari tengok adik2 tu hafal Quran, rasa kagum sangat sebab kita yang dah dewasa ni pun jgn cakap hafal Quran, surah pun belum tentu khatam semua. Tergerak rasa hati kalau lah aku ada anak lelaki, aku nak dia jadi qari mcm budak2 ni. Tapi kenapa kena tunggu ada anak lelaki? Perempuan tak boleh ke? 

Di situ lah bermulanya keinginan utk jadikan anak-anak aku hafizah. Lagipun dulu masa promotion buku Grolier kat Aeon S2, promoter tu pernah cakap yang tahap kepandaian budak ni paling tinggi bila usia dia 2-6 tahun sebab dalam fasa ni sifat ingin tahu diorang membuak2. Lepas fasa tu pun pandai jugak cuma katanya elok tanamkan pelbagai pengetahuan diawal2 usia tu. Bak kata orang-orang tua, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Allah maha mengetahui. 2 minggu kemudian aku ternampak ada banner kat taman aku pasal taska pra tahfiz baru bukak dekat Taman Nusari Aman 1. Cecepat aku amik number and call orang tu. Lepas dah bagitahu papa niat suci murniku, papa setuju utk jumpa tenaga pengajar dia iaitu Ustazah Khodijah.

Lepas berbincang and tanya macam2 kami agak berpuas hati la dengan penerangan ttg taska tu. Cumanya yang merunsingkan aku is that masa belajarnya. Setiap hari kami keluar rumah paling awal 8.15am sebab papa punch in 8.30am manakala aku 9.00am. So kadang-kadang masa hantar ke taska, ada hari Dafiya aku dah mandikan siap-siap tapi Delisya jarang mandi sebelum ke taska sebab dia masih tidur. Cuma celik mata bila dah sampai taska.


HARI
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
8.00 am

Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
8.30 am

Asas Tulisan B.Melayu
B.Arab
Asas Tulisan B.Inggeris
Asas Tulisan B.Melayu
Asas Tulisan B.Inggeris
9.15 am

Matematik Buku Teks
Sains
B.Inggeris Buku Teks
Matematik Buku Teks
Matematik Asas Tulisan
10.00 am

R
E
H
A
T
10.30 am

Iqra Anakku Ladybird
Iqra Anakku Ladybird
Iqra Anakku Ladybird
Iqra Anakku Ladybird
Iqra Anakku Ladybird
11.30 am

Doa Muqaddam
Jawi
P.Seni
Tauhid Muqaddam
Feqah Sirah Nabi
12.00 pm

Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
12.30 pm

R
E
H
A
T
3.30 pm

Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
Hafazan / Yasin
4.30 pm

R
E
H
A
T
5.00 pm
Solat Asar / Doa
Solat Asar / Doa
Solat Asar / Doa
Solat Asar / Doa
Solat Asar / Doa
5.30 pm
Iqra / Feqah
Iqra / Tauhid
Iqra / B.Arab
Iqra / Tajwid
Iqra / Sirah Nabi
6.30 pm

B
A
L
I
K
 
Dekat taska ni, waktu kelas bermula 8.00am - 6.30pm. Masalah jugak tu nak siapkan dia pagi-pagi as i mentioned earlier. Balik pun selalunya paling lewat 6.15pm kami masing2 dah ada kat rumah. So lepas ni kena pickup Dafiya dulu then baru tunggu Delisya habis kelas lah baru balik rumah. As a mom, aku tak dapat lari drpd perasaan kesian utk bagi anak aku belajar sehari suntuk dengan hafalan setiap hari. Tentu meletihkan otak dan badan. Tapi itu yang dilalui setiap pelajar tahfiz Al Quran, right? Kadang2 kita kena jugak berkorban utk sesuatu perkara yang baik. Mungkin sekarang dia bersusah-susah dahulu tapi bersenang-senang kemudian. Manalah tau satu hari nanti tatkala budak seusia dia baru nak belajar Muqaddam, dia dah boleh hafal al quran malah boleh guide kawan-kawan. Tak ke bertuahnye aku sebagai ibu dapat melengkapkan anak dengan ilmu Allah?

Well, i guess thats the price i have to pay. I hope its not that hard for her as i thought it would be. After all, Allah lebih mengetahui kan setiap perancangan hamba-hambaNya..InsyaAllah awal bulan September ni she'll start her first class and we'll see lah how it goes for this few months. If she get along well, Alhamdulillah. Kalau agak berat untuk dia, we'll think of something. Takkan nak paksa dia buat benda yang dia tak rela. As a mom, aku dah janji dengan diri aku utk membesarkan anak-anak aku with full of love. It means we will be just like friends sampai diorang dewasa. InsyaAllah.

Cant wait to share the photo of hers wearing her school uniform. ;-)