Tuesday, April 16, 2013

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum.


Dah lama tekak ni terasa nak makan cheesecake tapi papa malas mau layan ke Resepi Rahsia. So pada suatu petang selepas pulang dari kantor, aku menemani Ayu ke cool blog yang mempunyai kedai Bakery Ingredient disebelahnya. Dengan tak semena-mena aku dengan pantasnya masuk ke kedai tu dan grab Whipped Cream, Tatura Cheese, Gula Kastor, Biskut Oreo dan menuju ke kaunter pembayaran. Mcm ada satu kuasa yang menghasut aku melakukan itu semua dalam sekelip mata!


Kelusaannya, lepas je bangun tido, dengan tak mandinye aku terus mulakan projek pestime buat cake tanpa oven. Yes. Bajet pro la konon whipped guna mixer tu smpai terpercik2 ke dinding you noe..Step die sangatla senang. Macam 1,2,3...


Bahan-Bahan:
150 gram Gula Kastor (nak manis letak lebih)
250 gram whipped cream
250 gram cream cheese
Biskut Oreo Crushed
Nescafe Sachet (for garnishing)

Cara-Cara:
1 - Pukul Whipped Cream sampai gebu
2 - Masukkan Gula & Cream Cheese dan diadun sebati.
3 - Susun Oreo dilapisan paling bawah dan tuang aduanan atasnye..


Kan? Semudah 1,2,3...after that,simpan semalaman dalam fridge dan sedia dimakan! Berbaloi2 yuollss.. Kalau beli kat kedai adelah RM35.00 kot saiz kecik. Buat sendiri dengan cost RM27.00 makan sampai muntah satu keluarga...

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment