Showing posts with label Workplace. Show all posts
Showing posts with label Workplace. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Media Appreciation Night

Itu hari masa PRU13, golongan media lah orang yang paling sibuk dimuka bumi ni. Tak kira lah yang official atau tak, drpd reporter, blogger, mahupun pakcik makcik dan golongan muda mudi yg turut menyumbang kepada penyaluran maklumat di sana sini. 

Berhempas pulas masing2 dapatkan story, buat news, cover function sana sini shoot gambar, dsb. Poket pun gemuk sebab duit masyukk jer. Tu yang rela balik lewat malam and bangun awal pagi tuh. Contoh terdekat, boss aku hohohohh.

Nasib baiklah Tokmat prihatin dan menghargai segala penat lelah usaha kami untuk mengangkat nama beliau di mata dunia (ecewah..mcm bagos!) lalu meluangkan masa beliau utk beriang gembira bersama kami malam tadi dalam majlis "Malam Apresiasi Media bersama YAB Menteri Besar NS" di Klana Resort semalam. Tengkiu Datuk..we had so much fun last night! (walaupun kuciwa x dpt lucky draw) =P

Rasa sedih sketla sebab Cik Nisa a.k.a former reporter kat tempat aku is no longer with us..So aku takde geng semeja la nak mengumpat and komen ape yang patut. Cam gamp kan pangai? ekeke.. Tapi! disebabkan boss aku cakap bini2 diorang datang sekali so aku gagahkan tulang empat kerat aku utk join jugak.. It was my first time bersembang dengan wife die and she's soo sporting. Macam kenal lama je so i felt comfortable sgt. 

Yang x best tu aku kena tipu sebab memasing cakap tak bawak anak, so aku pun tinggal la bebudak aku kat Taska, sekali sampai sana, aku je melenggang xde anak...cilakak! Aku pujuk diri dengan mengatakan diorang saje je nak suruh aku take a break jadi parents, dtg berdua macam org kapel2 jer.. tapi bagus jugak sebab at least aku dengan papa dapat makan puas2 tanpa rushing take turn jaga anak like what we used to do ^_^










Thursday, May 16, 2013

Friday, 17 Mei 2013

Bismillahhirrohmanirrohim..


Sebab hari ni Jumaat so aku mulakan dengan Bismillah instead of Assalamualaikum..lagipun how many yang baca blog ni jawab salam aku?? I dont know.

Malang pulak nasib aku pada pagi Jumaat yang mulia ni. Macam biasalah hal2 rutin yang aku buat pagi2 sebelum masuk kerja iaitu layan anak2, siapkan bekal Dafiya ke babysitter, pack baju2 diorang dalam beg, mandikan and siapkan diorang sebelum aku pulak yang bersiap. Bagi makan minum ape patut then masuk kereta. 

Elok pulak Delisya melalak2 taknak gi nursery, menjerit2 kat luar rumah and when that happened, i feel like im used to it already. Malah macam dah penat nak pujuk. So i let her scream and throwing tantrums macam biasa dia buat and ignored her. Sambil dukung Dafiya aku letak bag2 kat seat belakang, kunci pintu and start enjin. After that baru aku grab n hugged her pujuk2. Nasib baik dia mengalah...

Masuk ofis je terasa mcm selekeh je work area aku, so aku batalkan hasrat nak breakfast Mee Goreng and bubur pisang yang aku tapau dari restoran blkg opis aku tadi. Lagipun semalam few technicians came and ganti aircond baru sebab the old one dah kaput, kotor la sket lantai and habuk2. As i took the rubbish dlm tong nak masukkan dalam beg plastik hitam, 'bedebushhh'...air sampah kena atas kain baju kurung aku.....Great!

Aku yakin mesti kerja si Fuad / Apai yang minum air bungkus tak habis and terus buang dalam bin instead of tuang sinki dulu baru masukkan dlm bin whatever..Ade ke orang yang buat camtu selain aku?? Macam takde je..

Ya Allah...sakitnye hati bila air sampah tu kena kat kain aku...dekat 1 jam jugak aku try to clear the mess and wangikan segala apa yang patut..akhirnya selesai and aku sangat penat. Aku bagitau boss aku..boleh je die cakap.."Sabarlah...ada hikmah di setiap yang berlaku tu hheeeehhee..." T_T

As i wrote this entry, aku belum makan lagi sebab mati selera kena percikan air sampah yang tak pernah2 aku kena seumur hidup aku..Hangin la ok..ni baru pagi..camne nak lalui lagi 6 jam waktu bekerja ni!

Tuesday, April 16, 2013

Sempena PRU-13 Mei ini...

Allahumma Ya Allah, Engkau bukalah hati para pemimpin umat Islam dari kalangan PAS dan UMNO agar dapat bersatu dalam kalimahMu. Kembalikanlah salam perdamaian antara ahli-ahli PAS dan UMNO yang sekian lama terpisah, bersihkanlah hati kami dari sifat menghina sesama sendiri. Engkau satukanlah hati kami, kekalkanlah perpaduan antara kami. Engkau jadikanlah kami orang yang sentiasa berjuang untuk agamaMu dengan penuh ikhlas yang mendapat petunjuk, rahmat dan redha dari Mu..


Amin..yarobbal alamin..

Oreo Cheesecake

Assalamualaikum.


Dah lama tekak ni terasa nak makan cheesecake tapi papa malas mau layan ke Resepi Rahsia. So pada suatu petang selepas pulang dari kantor, aku menemani Ayu ke cool blog yang mempunyai kedai Bakery Ingredient disebelahnya. Dengan tak semena-mena aku dengan pantasnya masuk ke kedai tu dan grab Whipped Cream, Tatura Cheese, Gula Kastor, Biskut Oreo dan menuju ke kaunter pembayaran. Mcm ada satu kuasa yang menghasut aku melakukan itu semua dalam sekelip mata!


Kelusaannya, lepas je bangun tido, dengan tak mandinye aku terus mulakan projek pestime buat cake tanpa oven. Yes. Bajet pro la konon whipped guna mixer tu smpai terpercik2 ke dinding you noe..Step die sangatla senang. Macam 1,2,3...


Bahan-Bahan:
150 gram Gula Kastor (nak manis letak lebih)
250 gram whipped cream
250 gram cream cheese
Biskut Oreo Crushed
Nescafe Sachet (for garnishing)

Cara-Cara:
1 - Pukul Whipped Cream sampai gebu
2 - Masukkan Gula & Cream Cheese dan diadun sebati.
3 - Susun Oreo dilapisan paling bawah dan tuang aduanan atasnye..


Kan? Semudah 1,2,3...after that,simpan semalaman dalam fridge dan sedia dimakan! Berbaloi2 yuollss.. Kalau beli kat kedai adelah RM35.00 kot saiz kecik. Buat sendiri dengan cost RM27.00 makan sampai muntah satu keluarga...

Sekian terima kasih.

Tuesday, January 1, 2013

New Year..New Starting

Assalamualaikum.


Serba tak kena aku hari ni sebab Nisa dah resign Isnin lepas. Die terpaksa buat pilihan untuk kekal kat sini or be with Berita Harian. Since dia ada conflict dgn Pegawai Akhbar Tokmat, she decided to leave. Of course i felt sad sebab hanya dia and aku je kaum wanita kat ofis ni..Pasni aku sorang jela wanita :-^

Im doing editing starting today. Fine. Still much to learn.


Harap dengan job scope yg bertambah ni, gaji pun bertambah la ye boss..(if you can read this, thank you!) :-P


Dah setahun lebih aku dekat sini rupanya,rasa mcm baru je lagi..Takpelah, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan harianku..semoga azam untuk tahun 2013 ni boleh tercapai..Amin..