Monday, August 18, 2014

Delisya's birthday preparation

Ok seminggu je lagi sebelum hari jadi Delisya ke-4 jatuh pada Ahad ni (24hb Ogos) 2014. Macam biasa lah tiap-tiap tahun kena sambut..Memangla tak wajib pun tapi saje setahun sekali bagi die happy2 dengan kawan2 taska, feeling2 princess gitu dpt mkn ramai2, dpt hadiah..

So tahun ni punye birthday die request theme Sofia The First. Kemain lagi dh pandai request anak mama ni. Yela masa setahun, aku belikan kek bentuk Angry Bird, 2 tahun kek Blueberry Cheese, 3 tahun kek bentuk Minion..so yang ke 4 ni kek Princess Sofia pulak. Layan kan jela..setahun sekali kan.. Ni contoh kek yang aku dh tempah utk birthday die nanti..berat 800gram, chocolate butter cake with edible image & fresh cream topping. Baru RM50.00. Oklah kan utk budak2 20 orang makan..


Tapi part edible image tu aku request gambar lain siap print nama die terus..tak payah susah2 nak tulis atas kek lagi..kek pun aku mintak die buatkan petak instead of bulat tadaaa~

Sape punye birthday ni? Macam mak die pulak yang 'over' kannn??


Same goes to the banner, hari tu aku cari2 kat kedai takde pulak yang tema purple so i decided utk buat sendiri jelah guna pembalut hadiah. Biaselah, mama kan pakar DIY ahakss~


And here's the result!


Boleylah cincai2...
Stiker utk goodie bag budak2..





Topi, eye mask, belon, whistles, jajans sume dah ready dh.tinggal nak pack and seal je..

To be cont..





Wednesday, August 6, 2014

Ramadhan 1435H (29 June - 27 Julai 2014)

Berhabuk bersawang gile blog aku kali ni. Tapi x pelik lah sebab biase sangat bila ownernya jenis pemalas and ikut mood je nak update blog kan. So today nak cerita pasal sebulan punya story sepanjang Ramadhan 2014 ni lah, so that in future i wont forget whatever happen during this holy month of Ramadhan yang penuh barakah ni..

Sepanjang bulan ni kan, i realize papa dah berubah sikit..for better of course. Die puasa cukup, tak macam tahun lepas, ade jugak skip2 hari. Then sembahyang cukup 5 waktu sehari semalam. Terawih pun tak missed lagi cuma ade sehari tu je teman aku and kengkawan iftar kat Steamboat @ Rahang. Penat camne sekalipun die akan gagah jugak pegi surau utk terawih. Actually kan, memang la tak pelik bagi korang tapi ianya satu benda yang aku proud la jugak kan sebab since aku kenal papa sebelum kawin, until now, dah nak masuk 5 thn of marriage, baru sekarang aku nampak perubahan ni..selama ni buat tak buat..pastu mcm hangat2 taik ayam je..bila aku tanya dia cakap tak guna la puasa kalau x sembahyang..so aku assume die mmg dah ada niat kot nak berubah, cuma tunggu seru maybe..and now Ramadhan adalah peluang terbaik kot untuk dia mulakan..

Kalau mcmtu, Alhamdulillah la..termakbul jugak doa2 aku selama ni untuk dia jadi suami yang soleh. Cumanya dia buat amal ibadat semua tu, belum pernah lagi dia tegur aku tak puasa ke, x sembahyang ke, ajak ke surau sekali ke..aku pun taknakla pikir negatif, cuma husnuzon..maybe dia taknak aku renyah2 nak kawal anak2 kalau aku ke surau sekali, then sebab aku mengandung 6 bulan, die tak larat nak dengar keluh kesah aku kalau terlalu lapar ke ape..after all, maybe dia nak betulkan diri dia sendiri dulu lah sebelum guide aku and anak2 in future..hopefully..

Alhamdulillah semuanya nikmat Allah..Aku bersyukur ape adenya..memangla kadang2 hidup ni sentiasa nak yang lebih tapi aku selalu ingatkan diri aku untuk bersyukur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Soal kemewahan, memang kitorang sekeluarga tak mewah,tapi sederhana. Kereta pun tak pernah bertukar lagi drpd mula kawen..Tapi Alhamdulillah walaupun dah lama pakai, kereta tu tak pernah meragam teruk2 or sentiasa menyusahkan kitorang pun..Adalah kadang2 rosak sparepart tu, tukar ini, tukar itu tapi it never ask us to repair more than 1k..Cuma hari tu kami tukar bumbung and cat lain to have a fresh look. Tu pun x lebih dari 2.5k..Kereta yang jarang rosak pun nikmat Allah beri jugak..So by that kami tak risau asyik kena keluar duit je repair sana sini..Alhamdulilllah..Sekurang2nya kami boleh berlindung hujan panas bila nak kemana-mana anak beranak, drpd terpaksa heret anak naik motor berhimpit2 & membahayakan nyawa kat jln raya.. Paling penting, kereta tu bebas hutang. Just need to renew roadtax insurance je every year..Tu pun masih dalam kemampuan kami..Syukur Alhamdulillah..

Soal anak-anak pun satu lagi anugerah dan nikmat Allah yang aku tak nafikan, sangat2 bernilai dlm hidup ni. Sebabnya, aku tau aku ni byk buat dosa, bukan orang yang sempurna so bila Allah kurniakan aku sesuatu yang lebih baik dr apa yang aku jangkakan, aku rasa layakkah aku nak terima semua ni? Allah Maha Pemurah. Lagi kita mintak, lagi banyak dia beri. As im typing, aku rasa sebak sbb Allah dah bagi aku sesuatu yang susah aku nak gambarkan dgn kata2. Dia yang Teragung, Allahuakbar..terima kasih Ya Allah sebab mengurniakan aku anak2 yang solehah, yang comel2, yang mendengar kata, yang baik akhlak, yang mudah dibentuk, yang menyenangkan hati aku, yang bijak dan peramah dll lagi..Bukan nak membangga diri..hanya mensyukuri kurniaan Allah..

Kadang2 kita jangan pikir rezeki tu datang dalam bentuk duit je..keluarga yang harmoni, takde musuh, bebas hutang dsb pun bentuk rezeki jugak..



Thursday, July 17, 2014

3rd Pregnancy at 20 Weeks

Hi.

Pagi tadi kena pergi klinik utk minum air gula. Tot i could escape last time tapi diorang kan ade rekod so mane mungkin boleh escape. Nak taknak terpaksa jugakla mengalah. Mase Delisya dulu tak pernah. Mase Dafiya sekali je tu pun mase dh 30 weeks plus. Yang third ni memang sah2 kena dua kali minum air gula.

So i came at 8.40 am and settle at 11am. Yes i came alone. Kekadang hati kecil ni menyungut jugakla sebab papa tak teman tapi ape nak buat, dia pun ade keje. Tak sewenang2 boleh keluar selalu sbb nak bawak bini checkup clinic. Kalau bini xleh drive sendiri, lain cerita. If only la my husband is a boss in his own company kan..surely takde masalah nak teman anytime..

Bukan ape. Diorang ni kadang2 tak paham kesusahan yang dialui ibu2 mengandung selama 9 bulan bawak anak diorang ni..Tau ke cepat penat, nak jalan, nak buat keje, nak makan sembarangan takleh and so on..semua mengah..tak campur lagi dgn appointment clinic every month, mslh mase mengandung tu mcm anemia, bengkak kaki, diabetis etc..kemuncaknya saat2 nak bersalin tu..dorg taktau kan..so dengan teman isteri checkup, bagi je ape isteri nak makan, layan je ngengade isteri selama 9 bulan ni.. i think thats the least they could do to ease the burden right?

So kat klinik tadi was packed with people yang dtg for same reason jugak. I saw few people sebelum aku yang struggle to telan air tu. They took roughly around 10 minutes la to finish. Dalam hati aku bajet taknak ngengade cam dorg la..(bajet fear factor) la sangat sambil berazam aku nak telan terus je seteguk dua.Malas nak layan mual2 aku ni. Sudahnye when my turns, aku terpaksa stop2 jugak. Tak mampu nk teguk sekaligus. Perit gila air tu lalu kat tekak aku coz its too sweet. Memang perit tajam2 lalu kat kerongkong tu. Lepas setel segelas, aku terus duduk. Memang ikutkan nak termuntah balik tapi aku tahan je sambil buat2 tgk no giliran kat LED tu, tgk anak orang, tengok kiri kanan..kengkonon nak distract la taknak fikir sal muntah ni..tapi seriously mmg tak tipu bai..rasa nak termuntah sgt2..

Dipendekkan cerita aku jumpa dokter utk scan, aku tanya la dah masuk 5 bulan ni dah boleh tgk kan jantina? Dia cakap nak lagi clear pegi private clinic sbb mesin scan die tu lama punya. Tapi die godek2 dia kata nampak macam biji which die suspect telur la so dia cakap maybe boy la tapi dia taknak confirmkan takut salah pulak..Tapi dah dengar camtu aku mau tak berbunga2? Harusla gembira sebab mmg aku harapkan boy pun for this pregnancy..Memang tak kisah kalau girl sekalipun tapi kesian pulak laki aku takde geng dalam rumah tu..asyik dimonopoli kitorg je in all matters katenye specially part tengok wayang...T__T

Oklah to be cont..


Thursday, May 15, 2014

Meaning of Appreciation

Today is teachers day. I had lots of friends on Facebook yang bergelar guru so i just wish them online je. But then as i was thinking who else yang aku belum wish, suddenly pop up Ustazah Delisya. Dia pun guru jugak kan? Sebab dia ajar Isya mengaji...

Ok then aku blank for a while. I dont mind nak jumpa dia just to wish Selamat Hari Guru and give some cakes or goodies tapi nanti camne if dia tanya kenapa dah tak hantar Delisya kesini or things like that? Mesti aku jadi blur nak bagi jawapan sebaik mungkin etc. Takkan setakat drop off nak hantar gift then blah kan? Mesti ade sembang2 sikit at least kat pagar..So i feel awkward...

Tapi aku still rasa appreciation tu perlu..Sebab kalau Delisya x mengaji kat dia dulu tak mungkin Delisya cerdik and celik hafazan sebab aku sendiri pun belum tentu boleh ajar Delisya sebaik tu. Despite of things yang aku tak suka kat Taska Tahfiz tu i still have thoughts yang seorang 'Tok Guru' tu harus dihormati dan tidak dilupakan..

Ok i'll figure out something kejap lagi and try to meet her this evening..

Last week kitorang jenjalan kat IOI Mall Puchong sempena Mothers Day. We had lunch at Little Pantry. It was such a lovely place ala2 Lovely Lace punya shop gitu. Lupa amik few photos. The food was okay jer but the environment satisfying. Then Delisya request baju and kasut princess. Suppose mak nye lah dapat shopping kan sebab nak celebrate Mothers Day tapi hari tu Delisya paling banyak dapat gift. Semua dia nak semua dia dapat..Adik je x dapek ape sebab taktau meminta lagi ekekeee...

Dia dapat gown dress ala2 Frozen warna soft blue and kasut tinggi warna pink from Barbie boutique. Habis hati lah dapat tu. Balik rumah terus pakai menari2. Crown je takde sebab dia tak minat crown yang dijual kat kedai costume tu. Taktau crown camne yang die nak. I guess i have to make it on my own lah. Mamanya kan kreatif bab2 DIY ni hahaa..tengok contoh kat You Tube kang balik siapp..this is how its gonna be.


Easy peasy bebeh. You can get all the stuff from Popular Bookstores or DIY Store dalam Tesco S2 ni ha..

Hope she'll like it. Kadang2 hasil kerja kite tu memangla tak perfect macam yang dijual kat kedai tapi ia dibuat gigih dari tangan ibunye yang penuh kasih sayang haaa ko hado?? Dari Delisya kecik dulu aku pernah jahitkan black dress untuk dia, soft toys and now a huge dollhouse. Tapi it still in progress so i'll talk about it soon in new entry. Mungkin bila dia dah besar nanti dia akan appreciate my effort. Bukan tak mampu beli tapi i think i can make my own so why not aku guna kelebihan yang ada kan...

Dulu mase aku kekecik aku sama macam Delisya. She's totally my reflection of how i look like when i was kid. Suka makeup sebab hari2 tengok mama makeup before go to work, suka pakai gown and heels feeling2 princess, suka orang ikut cakap sebab budget perfectionist, benda kecik pun jadi hal. Annoying kan hahaa..

But that time when i was small, i grew up with no girls around coz im the only daughter in family. Jarang jugak dapat perhatian and toys sebab mama abah sibuk kerja. Thats why bila Delisya membesar and act like me masa kecik2, aku cuba layankan and fulfill anything she want as long as tak melampaui batas. Last year before aku ajar dia main real toys, dia ketagih main game kat Tab aku jugak. I dont know why i install those game and keep her entertain by that. Tak lame pastu aku sedar i shouldnt do that so i uninstall everything. Lama2 dia pun bosan pegang tab sebab nothing much she can see except gallery photo yang ada video dia dengan Dafiya. Today bagi tab kat dia pun dia dah tak hingin. Alhamdulillah..it works. Kita yang mencorakkan dia right?

Wednesday, May 7, 2014

Al-kisah Hati Unta

So last month my friend just came back from Umrah and bought me Hati Unta la sebab aku ade kirim sebelum tu sebab aku dengar susah nak dapat kat sini..What else..utk penawar lelah Delisya ni lah. So he gave me 2 keping and i just kept in the fridge until last night tergerak nak masak bagi dia makan. 

Actually i had no idea in mind on how to feed her with that so i google and found many ways. Ade yang rebus minum, ade yang tumbuk jadi serbuk and campur dlm nasi and so on. Then aku terfikir pulak Delisya jarang habiskan makanan dia sebab dia makan main-main..half way dh stop so aku risau membazir je nanti.

So pikir punya pikir i decided utk goreng hati unta tu tanpa minyak and tumbuk sebelum mix dengan madu asli. Konon-konon nak bagi pure camtu la kat die. Adela strategi and taktik nak pujuk dia telan nanti. So gigih la aku pun goreng hati unta tu sampai kecut (sebab nak garing) then aku tumbuk dengan lesung batu. Delisya pun tolong menyibuk jugakla, Saje aku bagi muka dia main tumbuk2 dengan harapan dia seronok nak makan nanti.

So lepas dah jadi serbuk, aku gaulkan dengan madu asli. Itupun madu last kopek sebab dah habis terus lepas aku tuang. So you guys imagine jelah camne aku appreciate madu and hati unta tu yang sekali ni je ada..

And there aku pujuk Delisya makan lepas dah selawat sama-sama. Muka dia pun watlek watpis je nak makan..selambe gile..

Masuk-masuk dalam mulut je, hambik kau! Dia mual and muntahkan balik!

Aku sempat kaut balik la dengan sudu sebab sayang. Aku tak give up lagi and pujuk lagi..dalam keterpaksaan dia nganga untuk second try tapi dia tak boleh telan. Dia kemam je dalam mulut walaupun aku cuba push dia untuk telan dengan picit hidung dia segala namun hampaaa....

Dia luah balik sampai tumpah kat baju and i was totally frustrated....i should have known....T________T

Sangat-sangat frustrated sampai akku mengalah. Mane mungkin budak kecik nak telan benda tu bulat2 like adults do.....Aku stop lepas tu. Aku marah-marah dia and terus moody. Habis semua benda dengan adik2 kena marah. Tetiba je aku nak baran sebab usaha aku tak menjadi. Kesian diorang...

Dekat sejam jugak aku bengang sambil otak ligat pikir camne aku nak buat dengan hati unta + madu yang aku dah buat ni..Gile kot nak buang je..

At last aku x jadi buang. Aku tuang semua madu + hati unta tu dalam botol air dia yang selalu aku isi air kosong tu. So kaler dia berubah jadi perang2 mcm air asam jawa tu la. Aku cuba jugakla minum sikit and it taste real suck sampai aku sendawa pun terasa hati unta tu. Rasa dia macam hati ayam yang kita goreng garing tu je. Sama. Bezanya ko campur dalam air / madu. So lari sikitla rasa dia..

Then aku tak terus bagi Delisya. Aku letak je botol tu atas meja. Aku terus cedok nasi goreng sambil makan. Walaupun takde selera tapi cuba telan. 5 minit pastu Delisya datang kat meja makan tanya aku makan apa. Aku tak jawab..Aku terus suap dia sesudu. Lepas dua tiga sudu dia makan nasi aku, dia capai botol air tu nak minum air. Walaupun dah nampak warna air tu dia tak tanya apa2 pun, terus minum.....

Guess what? Ni yang keluar dari mulut dia lepas sedutan tu with a smiley face (as if like "upss i dah kenaaa")

Delisya : Ooo air hati untaaaa...(senyum) Sedap!
Aku : Hah? Sedap?
Delisya : Haah..tadi makan dalam pinggan tak sedap..minum dalam air sedap!
Aku : Betulke? Minumla lagi..

Dia pun sedut lagi..walaupun takdela banyak and lama macam dia selalu minum air kosong tu tapi that moment betul2 buat aku berbunga2 and kembang hati. Lega sangat2 sebab usaha aku tak sia-sia. Terus aku menyesal tak sudah sebab marah-marah dia and pukul dia sikit tadi..Astaghfirullahalazim...baru sekarang nak istifar and menyesal! Im such a bad bad mom..Aku menyesal sangat-sangat!

Sebenarnya aku dah lama nak tulis dalam blog ni tapi aku pemalas. Aku cuma nak buat satu entry yang mana khas untuk Delisya and hoping she will read it when she's 20 nanti..

Truth is, aku sangat2 berterima kasih kat Allah, bersyukur yang tak terhingga atas kurniaanNya memberikan aku anak macam Delisya. Aku taktau anak orang lain tapi aku rasa Delisya got something special yang aku tak expect aku akan dapat daripada dia. I mean, dia seorang anak yang saaaaangatt bijak, senang dijaga, faham bahasa, mendengar kata, boleh diharap dan sangat sempurna! 

Aku cakap camni bukan sebab dia anak sulung aku. Tapi i rarely found that criteria in any other kids. Ada tapi tak banyak. Semenjak ada adik (Dafiya) dia tak pernah show perasaan tak puas hati ke ape malah sayang and tolong aku jaga adik dia padahal dia baru berusia 2 tahun masa Dafiya lahir. Even until now, behavior dia memang tak pernah mengecewakan..Dia garang in certain matter, selalu jugak jerit kat adik bila taknak share mainan but thats what kids does. But most of the time, seeing her bergurau dengan Dafiya makes my heart melt. 

Contohnya when she gave something to Dafiya, dia senyum and tengok je Dafiya sambil cakap kat aku "Mama, adik ni comel kan..tapi die nakal sangat.." Aku iyerkan je sambil gelak. But the way she say it tak macam budak2..mcm adults bercakap!

Lepas tu dia banyak mengikut gaya aku tau. Contohnya bila adik nangis dia akan buat suara garang and cakap "Heepp adik...takmo nangis..mama buat keje tu..org dengar malu laa

Or even when Dafiya get ready nak mandi, dia akan make sure Dafiya kutip baju kotor and masukkan dalam laundry basket just like how i teach her dari kecik. And thats the reason why i know i can rely on her dalam menjaga adik..Aku selalu jugak pillow talk dengan dia saying IF aku dah takde nanti, jage Dafiya baik2, bagi makan, bagi adik pakai tudung and so on..Dia faham..

She's perfect..just perfect..cuma aku berharap dia berisi sikit je just like other kids sebab dia agak kurus, Mungkin ikut gen aku kot..makan tetap makan cuma badan kurang berisi..other than that just fine..

Aku ni mak yang teruk sangat rasenya. Dah dikurniakan anak yang bagus, aku selalu je marah-marah dia bila ada yang tak kena. Padahal aku dah tau budak..ape sangatla yang kita boleh expect kan. Bila datang temper aku, aku piat je telinga dia..aku rentap2 je baju dia, pukul2 je tangan dia pastu aku menyesal tak terhingga sebab in the end dia lupa semua kemarahan aku tu and datang bermanja like nothing happen..

Seriously i feel like shit! Im just fucking asshole..Aku bukan mak yang terbaik..

Monday, April 7, 2014

Ovary Cyst at 14 weeks pregnancy

Yes new chapter for April. Mood nak buat keje xde la sangat..xtau apsal..tempahan kufi pun banyak pending lg ni..nasibla customer semua jenis sabar menunggu..

Anyway last week aku pergi scan baby and doctor detect ovary cyst sebelah kiri aku ni dah grow from 4.89 last week to 6cm this week..Macam biaselah, memang diorang suggest untuk lakukan operation buang cyst tu if dah melebihi 5cm..Since my second pregnancy aku dah pernah experienced mcamane sakitnye menahan keperitan cyst ni twist dalam perut, aku berserah je kalini..Kalau aku cakap xnak operate lagi naya kang..buatnya dia makin membesar and pecah kat dalam, bleeding and so on..sape nak responsible? Ohhoiii mmg x sanggup la jawabnye..

So the doctor said pembedahan ni takkan effect baby kat dalam. Kalau nak ikutkan, dia nak tunggu kandungan aku masuk 4 bulan camtu sebab sekarang ni baru 13 minggu, risiko nak gugur tu ada so if janin dah kuat sikit, risiko tu kurang. Tapi at the same time dia pun x boleh biar cyst ni lama2 sebab dia cepat jugak membesar..Doktor pakar tu nama Nurul Ilyani (Hospital Tuanku Jaafar, Seremban) die siap lukis lagi kedudukan baby kat mana, nak potong kat mana, nak remove cyst tu mcmane etc..Aku sedih bukan ape, sebelum ni x pernah buat operation langsung. Meaning perut aku ni suci mulus. Apatah lagi Alhamdulillah mengandung yang ketiga ni pun aku masih takde stretch mark..garis2 halus tu adelah sikit tapi x obvious..Memang aku bersyukur sangat lah kurniaan Allah yang masih kekalkan perut/pinggang aku saiz 26-27 ni..Syukur Ya Allah..

Tapi kalau lepas operation ni memang akan berparut la kesan menegak dr bawah pusat tu..uhuk..uhuk..but i aint got any choice maa...


Image ni sumber google but this was exactly how my cyst look like dari machine scan tu..I can even feel it bile baring2..memang keras and senak kalau ditekan..

Anyway the date for my operation will be on 23rd of April..i'll be admitted a day before insyaAllah..tak sabar jugak nak rasa duduk ward kat bangunan baru hospital tu huhuu..more updates soon!


Sunday, March 30, 2014

Islamik tapi pengotor..what do you call that?

Hi..Assalamualaikum!

Nak tulis blog pun kena ada mood. So here I am, lepas mengabaikan blog ni dekat sebulan, baru ada topic nak cerita sikit. 

Ok nak mula dulu dgn isu TASKA PRA TAHFIZ Delisya yang x berkesudahan nih. For those yang selalu follow kisah Taska dlm blog aku ni, mesti korang tertanya-tanya kan, apsal aku masih lagi hantar anak kat sana walaupun asyik komplen byk kekurangan tempat tu..

Aku taktaula apsal setiap kali kitorang nak quit Isya dari sane, kitorang akan batalkan balik niat tu by the time we walked out from that Taska. Macam Ustazah tu ade amik course Psychology utk pujuk kitorang kekalkan Delisya kat sana. Seriously! She's like an asset to her sebab Delisya lah die dapat tarik more and more students masuk belajar sana. Ok tapi aku cuba utk tepiskan negative part and fokus on benefit that Delisya get specially bila dia mampu hafal ayat2 Quran dgn baik. Thats the reason yang buat aku selalu lemah and hilang pendirian.

Now, masa pick up diorang petang minggu lepas, si Zehan yang mengasuh diorang ni bgtaula, tengahari tu mase laki dia pergi jemput Isya balik dari Tahfiz, he saw something yang x best. Dia x reti nak bagitau aku directly so die cerita kat Zehan and Zehan la bagitahu aku bg pihak laki die. Dia cakap masa tunggu Delisya amik beg and keluar tu, dia nampak anak perempuan Ustazah tu dgn jubah seteng dia main2 kat halaman luar. Tetiba elok je budak tu cangkung right where she stood earlier and PEE!..Lepas dh pee tu selambe je turunkan kain and lari2 balik like nothing happened. And there the spot of urine kat tengah2 laman atas simen. Nobody sees kecuali suami Zehan tu. So sape je yang tau air tu adalah air kencing budak? Other kids for sure akan terpijak if they run around to play kan? Same goes to anak Ustazah yang tadinye kencing ni terus berjalan around the house sblm masuk dalam rumah. Can u imagine??That was digusting kan? The rest korang pikir la sendiri. 

Aku bagitau papa hal ni tapi dia diam je like taktau nak cakap apa. You see, every time this happened, aku selalu dh tekad taknak hantar die lagi kat tempat tu tapi aku macam kena pukau setiap kali bercakap ngn Ustazah tu. I believe parents yang lain pun dah stop hantar anak2 diorang kat situ sebab masalah yang sama mcm aku kot. cuma aku je yang mcm bodoh lagi rasanya..

Right now dia stay rumah Zehan je dengan adik full day. Alasan aku bagi Ustazah is Delisya lelah balik and ada kat kampung dijaga maktok die. Until i dont know when..Mujur aku belum bayar yuran penuh untuk 2014 ni lagi so kalau quit today pun tak rugi ape2. Yang dah bayar cuma yuran bulanan utk Jan, Feb& Mac je..

Please people...if you have any advise or suggestion nak share ngn aku, aku alu-alukan sangat komen or pm inbox FB aku..mane la tau sikit sebanyak boleh selesaikan kerunsingan aku skrg ni..

Tuesday, March 11, 2014

Thai Express : Not Recommended

Ahad lepas we went to IKEA to get some stuff. Dah puas shopping tengok jam dah pukul 3.30pm. Patutlah lapar sesangat. Since takde idea lagi nak makan katne, we were just walking around the bazaar and food court atas bawah. Tekak masa tu teringin nak makan benda pedas like Tomyam Soup sebab biaselah, loya & mabuk happens all the time..


So there i came across this restaurant. Rasa macam pernah makan kat restaurant ni sekali dua masa zaman study tapi tak ingat kat mana and thats why i confident nak masuk. Time nak bukak pintu, there's no stuff yang nak tolong bukakkan pintu although they saw me tolak stroller with my girl's sleeping. Its fine if they were busy tapi ade je kot dua tiga staff just tengok je kitorang masuk. Thats fine lagi.



After choose our table, we keep on looking kiri kanan depan belakang just to get somebody to bring us the menu! Sadly no one come to entertain us. Mase tu papa dah macam nak hangin tapi aku control situation lagi sebab aku lah yang pilih tempat tu in the first place. After 5 minutes angkat tangan macam orang bodoh baru la ade somebody datang. Itupun sebab die tengah clear plate sebelah meja kitorang. Yang lain termasuk dua staff bongok tadi tu dan2 buat busy.Pftt.. There..Service lembab, no apologies for the delay whatsoever!



Dalam menu punyelah menarik nama makanan and the food presentation so we ordered the food. Luckily it only take less than 20 minutes for the food to arrive. And there comes the foods..



I ordered Ice Lemon Tea but all i get is a plastic cup (mcm pasar malam) yang diisi air teh pahit and a slice of lemon. Seriously tasteless. No sugar added at all. I keep quite coz i dont want papa lagi baran. And thats worth RM4.50. See?



Then the coconut drink. Oklah..walaupun kecik, RM7.90...nothing much to complain. Just ordinary coconut juice.



These two foods yang betul2 buat aku tak puas hati is the Chicken Tight Siam Style or whatever the name is. Dalam gambar punyelah superb. Price 12.90. Sekali sampai kat meja nah..even Delisya alone can finish it herself coz its tooo smalll...geram! menyesal order!




I was hoping the Tomyam Soup dapat meredakan kesakitan hati ni after that. There comes the waiter, bringing our soup....

Ok this photo taken from the google image but this is exactly how the soup look like! No coriander, on top and guess what? For that small bowl, they only gave 3pcs of shrimp, and few mushroom. Yess.. thats all!! Bukan sebab aku tengah lapar tapi memang portion sup tu hanya sesuai dimakan oleh seorang sahaja.. Kesian kami kan terpaksa kongsi macam tak puas makan seriously! Papa takyah cakap la..memang tak happy at all tapi aku tau die saje cover sebab taknak gaduh ngn aku along the way..Memang menyesal sangat. Tengok Delisya makan nasi bersungguh sampai licin pinggan, ikutkan hati nak tambah lagi untuk die tapi sebab sakit hati with the food, i bring her makan kat Ikea instead right after.


Tapi seriously that was totally unacceptable coz kami tak kenyang langsung. Total makan semua RM46++ sebab ada service & tax. Betul aku cakap, aku takkan makan kat sana lagi. Kalau mahal tapi kite kenyang and puas hati takpe. Ni tak kenyang langsung then bayar macam tak berbaloi langsung lah!